ira + aery

Daisypath Wedding tickers

Friday, August 26, 2011

ucapan selamat hari raya

alahaiii
dah raya ni weiii!!
hati da meronta2 nak balek kg
w/pun barang tak kemas hape lagi
dengan plan nak pi jalan tar malam ni
dengan aih macam2 lah
pe pun semoga aku dan semua2
yang nak balek kg tuu
tak kira la sapa
selamat sampai ke tempat yang di tuju
semoga selamat semua nya dalam perjalanan
aku insyaAllah balek esok tapi
still tak tau nak balek pukul berapa
tengok keadaan
pe pun yang penting hati2

sumeorang tempek gambar
aci lah kan
aku tempek gambar ni jee
gambar fresh seksyen aku..
malas nak buek kad rayo bagai
malas nak edit2 gambar sendiri
aku tak terer
;)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAZABA
(MAAF ZAHIR DAN BATIN)
0-0 yep


psssttt: incik tunang, sila take care balek kg tuh oke

tiba2 dapat duit raya

alhamdulillah
tiba2 bos aku bagi duet raya!!
terkezut aii
td pagi dia dah bagi
patutla semalam dia tanya aku
"bila start cuti mun?"
ada sedikit pelik la soalan dia tu bagi aku
hehehehe
rupa2 nya dia nak bagi duet raya laa
eh ke dia ada baca behelog haku nih?
mamps aku kalau betul
maap boss!

masak-masak Ramadan

hehehehehe
disaat orang lain dari awal puasa lagi dah upload gambar makanan berbuka
aku plak baru terhegeh2 nak upload jugak
di hari terakhir keje sebelum cuti
biasalah ai bujang kan
^__^

steamboat maeps
&
tutti fruti

dua makanan di atas bukan makanan untuk berbuka
ia adalah makanan untuk sambut puasa
;)


tapi banyak yang aku tak snap
tambah2 kalau berbuka kat luar
ini ajelah gambar yang ada

spageti carbonara daging cincang
pestime buat pakai susu full cream & cheese
dah was2 nak guna yg prego tuh

air grape & kurma & grape
haaaaa ada paham?

sup rangka ayam bersama ubi kentang
perghhh nama resepi bukan main panjang

di makan dengan bihun
ini gambar ehsan dari incik tunang..
giler penuh mangkuk..hagak2 ler
tau la sedap!!
memang aku bekalkan kat dia
rangka ayam tu dia yang beli kat pasar malam dengkil
saja suh aku masak (mengada2 kan..)
eh tapi kenapa aku tak pernah nampak orang jual rangka ayam pun??

ini sotong dan juga rangka ayam (lagi) goreng tepung
cer teka mana sotong dan yang mana rangka ayam?
kikikikikiki
ni incik tunang yang masak arr

ya Allah buruk giler puding karamel aku
sebabnyaaaaa AKU TAK TERBALIKKAN PUDING NIH
patutnya aku terbalikkan bagi nampak yang gula hangus hangit tuh
T_________T
tapi yang penting sedap
w/pun pestime jugak buat
guna resepi kat belog hot mama

lagi spageti carbonara dgg cincang bersama cili padi
edisi campak mencampak nak menghabeskan stok dalam peti
hijau itu adalah cili padi bukan sayur ye
orang pemakan pedas begini ler

dan last mungkin
semalam punya
KARI KENTANG
resepi tercipta sendiri tiba2 saja
sungguh namanya kari kentang atau kari potato
bukan giler kentang yang budak2 selalu cakap tuh
giler kentang yang mereka maksudkan adalah mungkin
i. giler best?
ii. giler cool?
iii. giler hebat?
dan lain2 lagi yang sewaktu dgnnya
...sian kentang telah disalah gunakan

alkisahnya petang semalam
balek ofis terus bumm bumm tido
sampai 6.45 pm!!
terjaga terus tengok jam
boleh plak aku ingatkan dah 6.45 am!!
dh pagi tp knp cerah sgt nih?
hahahaha
padan muka tido lagi petang2

dah tu terus solat asar
dan terus ke dapur
pikir apa nak masak
bahan2 yang ada ubi kentang+cili padi+pekasam+telur
takpe kita masak nasik dulu dan kupas kulit ubi kentang..
sambil kupas pikir nak masak apa ubi nih?
ingat nak buat sambal je tapi macam malas
dah settle potong2 ubi terus aku rebus bagi empuk sat
pastu tumis bawang2..
terus mata ternampak pek kari
haaa ting!!
maka terjadilah kari kentang
pastu teringat ada susu full cream
aku redha je letak dalam kari ganti santan
pastu letak bunga lawang..kulit kayu manis dah lupa nak letak
padahal ada je
kasi letak jugak blackpaper
letak garam
siap masak ngam2 orang azan
naseb sedap cukup rasa macam kari
w/pun guna susu full cream
makan pulak dengan pekasam
perrghhh!!

oh ya
incik tunang cakap kari kentang mmg wujud.
maksud aku di sini kari kentang sahaja xde campur ayam ke apa ke
mak sedaranya penah buat tp spesyel edisyen punya la
yang tu siap rebus pastu goreng mcm wedges
pastu baru buat kari
haa boleh cuba lagi pas ni

esok insyaAllah aku balek kg
tak sabar nak berbuka ngan mak ayah
berbuka ramai2....
:))


Thursday, August 25, 2011

kalaulah aku yang dapat...

gambar di atas bukan gambar aku
itu adalah ofismate aku, ezan
kul 11 tadi aku teman dia pi ofis hotfm
collect hadiah
ezan join contest cipta lirik lagu yuna
tup2 dapat hadiah utama ko!!


yap, ezan dapat sebijik camera ni
CANON 1110D!!!
sape nak bagi free camni kat ko
DSLR pulak tuh
rejeki rejeki!!
bertuah ko ezan
boleh snap pic raya banyak2
jeles haku :)

aku pun nak join contest jugak ah
dan dan...


psssstt: sri pentas tu xdelah besar mane

duit raya

kalau cakap pasal duit raya
siapa yang tak suka kan
budak-budak mestilah suka kalau dapat duit raya
tapi orang tua pun sama suka kalau dapat duit raya kan
eh orang tua?

haa ni yang aku nak cakap nih
ada bos bagi duit raya tak?
bukan nak mengatalahkan (tiru cakap cutecarry)
sejak dah naik gred nih kan
xde dah aku dapat duit raya
sedih!!

sebelum nih dapat la jugak
walaupun tak banyak tapi sonok wehhss
tapi tak pe aku dah biasa pun
sebab.....
1st bos memang dia tak penah bagi
2nd bos pun macam tu gak
3rd bos yang sekarang je penah bagi
tu pun macam aku cakap iaitu sebelum naik gred...
nak buek camno kan?

oh ya
tahun ni jugak adalah sangat kurang dapat sampul raya
shoping kat giant ri tu habis dekat 70 gak
boleh cashier tu bagi sampul 5 keping jek
sabo jelah

pic: pokcik google

Sharing Is Caring

SPEED TRAP LOCATION

Baik sedekah duit raya kepada budak-budak daripada sedekah kepada polis :)

Plus North Highway (From KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
Plus South Highway:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
Plus Center:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi
NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam
Jaga-jaga
KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ
JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Berhati2 ketika memandu.. :)

- X-dit To Mohd Nassif.

psssttt: copy&paste dr fb ofismate

Monday, August 22, 2011

abg ipar aku adalah pelakon

benar bukan tipu
aku pun tak tau dengan kerjaya baru abang ipar aku
tup tup jadi pelakon ko

hahahaha
mggu awal pose ritu
biasa ini entry pekasam
kak aku mesej suh tgok tv3 kul 11 mlm hari rabu
citer ki-as ramadan


cer teka yang mana satu
habang hipar haku
:))

jeng jeng jeng
yang kuning atau yang biru?

mesti lah yang biru
takkan la si baju kuning
tuh kan pelakon agak terkenal
eh, suka2 hati aku je
lantaklah yg pasti aku kenal nama je tak ingat

abg ipar aku berlakon jadi org masjid
hah byk jugak dialog dia duk menasihat si baju kuning
aku ingatkan jadi pak pacak jek ;p
eh tp dia mmg org masjid pun
ajk masjid



nuffnang promo