all pic: google
Aku
pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah
kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat
itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan
hari ini kau menjadi isteriku.
Ampunkan
aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan
aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan
aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan
aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku,
percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan
ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang
hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya,
ancaman di mana-mana.
Tapi
selagi kau dalam dakapanku,
Aku
berjanji akan menjagamu
Setiap
saat dan waktu,
Setiap
siang dan malam,
Setiap
guruh dan hujan,
Setiap
panas dan terik,
Setiap
nafasku.
Aku
sering menadah telapak tangan,
Dan
memohon pada Tuhan,
Agar
kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi
menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat
datang ke hidupku.
Selamat
menjadi isteriku.
Selamat
menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat
menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat
menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat
menjadi keluargaku.
Selamat
menjadi pelengkap hidupku.
Selamat
menjadi separuh dari aku.
psssttt: aku baca pun sebak...puisi yang sangat jujur dari hati
No comments:
Post a Comment