ira + aery

Daisypath Wedding tickers

Monday, October 10, 2011

Cerita Kursus

citer dah basi
tapi nak jugak citer untuk kenangan
lagi satu sebab best
kursus ni tak macam kursus lain


date : 23-25 sept
venue : sri mesia bagan lalang


aku pergi pun sebab ganti jiran sebelah
dia dah terlebih kursus
so aku yang tak cukup kursus ni la rela nak gantikan
bagi cukup 7 hari


day 1: malam
sesi perkenalkan diri oleh prof aje.
kami peserta kursus tak payah. baguskan
pastu prof ada suh lukis kampung halaman dan lembu.
setiap lukisan kita tu ada makna.
then main blow wind blow
contoh nak main game ni;
mula-mula buat bulatan
then prof cakap 'blow wind blow'
kami kena tanya
'blow wind blow apa?'
prof pun cakap la
'blow wind blow sapa yang pakai kasut'
so, sapa yang rasa dia pakai kasut kena bangun tukar tempat duduk
sapa tak dapat duduk dia la kena cakap blow wind blow seterusnya
syiokkkkk woo game nih
macam prof cakap
game ni kena jujur
kalau orang xnak bangun xde la kita dapat duduk


day 2: 
masa malam tu prof dah pesan jgn pakai high heels segala macam
pakai selipar je yang flat2
ghupa2 nya ada aktiviti mencari barang
masa diberi dari 9.00 am sampai 4.30 pm!!
kami dibahagikan kepada lima group
masing2 dapat list barang yang kena cari
ada dalam lebih kurang 15 barang kut
yang aku ingat adalah;
  1. beras 10 kg
  2. kicap cap kipas udang (siap jenama tak boleh blah)
  3. telur 5 biji
  4. 3 susu tin
  5. 2 ekor ikan
  6. 5 paket maggi
  7. 1/2 kg biskut tawar/ biskut mayat (mampus nak mencari)
  8. sepeket garam
  9. sepeket gula
  10. bihun
  11. sebotol sos
  12. dll tak ingat
syarat nya pulak ;
xboleh beli dengan duit sendiri
tak boleh mintak dengan hotel
kalu langgar syarat di atas
bisu 40 tahun!
hahahaha
prof yg cakap eh

dalam masa kami kena cari barang2 tuh
kami jugak kena cari rumah orang miskin dan sewaktu dgnnya
untuk dermakan barang 2 yang kami dapat tu


memang giler ahh
mana nak carik
tambah2 beras 10 kg tuh
memang mula2 menyumpah dalam hati ar


tapi prof guide kami la
dia bagi contoh pi mintak kat orang kampung
pastu buat ala2 pengakap
(mana la aku pernah masuk pengakap)
kalau nak barang..kita kena tolong orang tu
bersih rumah ke hape ke
anything
kita buat keje, tuan rumah bagi barang
gitulah


maka bermulalah pencarian kami 5 group
tapi 1 group tu bernaseb baik
sebab ada ahli dia bawak kete
selamat laa diorang tak pahyah berjalan kaki macam kami yang lain


group 5
diorang la satu-satunya group yang dapat beras
beras 10 kg oke!!
rezeki diorang dapat tuan rumah yang best


group aku punyer citer plak begini:


rumah first pegi akak tu kasi sos. dia xnak kami tolong apa2. (selamat..hahahaha)
rumah kedua kami dapat ikan. bukan ikan biasa. ikan siakap okeh.
masa stim ke tiga rasa ke sodap nya!!
rumah ke tiga. bagi2 salam,xberjawap.
rupa2nya dah ada group 2 kat belakang umah. siot tul
rumah ke empat. adik tu xtau nak bagi apa. katanya mak ayah xde kat umah. sokay
rumah ke lima. jugak tak jawap salam tapi pintu terbukak. hurmmm
rumah ke enam. ok nenek tu kasi gula dan keropok. 
xde dlm list sebenarnya keropok tu
belasah je


then balik hotel simpan barang yang dapat
terutamanya ikan tu lah
pastu tanya receptionist kat mana lagi banyak rumah orang
masa tu kul 11. panas jangan cakap la
aku amek daun pokok alamanda. sebab daunnya besar2 buat tutup muka
jauh oke jalan kaki sampai taman perumahan tuh


haaa kat sini baru best sikit
rumah taman kan 
berderet je la rumah orang


w/pun bertembung jugak dengan group 1 yang ada kete tu
tapi diorang tak kacau tempat kami
hahahaha


rumah pertama; adik tu bagi telur
yang neneknya sempat promote sapa nak urut dengan dia
tapi lelaki pun dia urut
aiyooo!!
adalah akak sabah tu amek no tel nenek tuh
kikikikiki


rumah ke 2; tuan rumah pesara tentera
tengah mandikan kucing masa kami bagi salam
siap jemput masuk rumah
best giler rumah dia
reduppppppp je
wife dia bagi biskut+garam+susu
alhamdulillah


rumah ke 3 plak;
pakcik ni kuar dengan selambar ya ya je pakai suar pendek tak berbaju
pakcik tu bagi duit
sempat kami mintak kat pakcik buah kedondong
besar2 buah nya sampai ke luar pagar 


rumah ke 4;
akak ni pun bagi duet


then rumah last;
pun cantik rumahnya
penuh pasu cantik2, warna warni
akak tu kata hasben dia dah besara so tu suma hasben dia la yang buat
untunglah dapat hasben rajin kan


yang lagi best
akak tu tanam anggur hijau
wahhhh jakun sekejap
hidup pulak anggur tu dengan cuaca panas2
yang kat perlis tu rasanya tanam kat tempat khas 


then akak tu bagi sardin+maggi
pastu dia bagi sebalang kueh semprit
akak tu memang buat kueh jual
rezeki..rezeki


dah sepakat untuk terus balek hotel
tak larat sudah
matahari tegak atas kepala!
terus balik simpan barang dan lunch
masing2 memang penat takyah cakap la
panas+pening kepala
masuk bilik rest jap tunggu zohor
pastu apa lagi
PENGSAN!!
kul 4.30 pm kang nak kumpul balek


group 3
tolong buat kerja kat kedai makan tepi pantai
diorang buat keje sampai petang oke
bagus2
group lain suma dah pengsan
malas nak kuar dah lepas lunch


dan petang tu bermulalah
program bersamamu
T_____T


rumah pertama - group dua
seorang balu dan buta
aku masuk kejap je
pastu cepat2 keluar
sebelum air mata keluar ;P 


 rumah kedua - group ketiga


rumah ketiga - group aku
tapi tak jadi
bincang2 prof pun tak setuju
suh cari rumah lain
yelah ko tengok la rumah tu
aku tengok kat situ takde lah yang betul2 susah
macam bersamamu tuh
susah2 pun ada astro ok
umah aku pun xde astro!


gambar rumah ke empat xde la pulak
ni gambar rumah last - group 2
pakcik ni stroke anak 11 ke 14 orang ntah
so barang2 group aku pun kasi kat pakcik ni 

tamatlah program bersamamu


jom kita bergambar ramai2 plak



dan ini













ini aktiviti last day;
kami diberi 50 batang lidi sate
dan selotep 1 meter setengah je kena buat pelantar
untuk menampung 9 bata
buatlah sesuka hati nak buat macamane 




dan pemenang nya adalah group 2
persembahan pun diorang menang
giler best group tu



dah cukup 7 hari berkursus
dah ada alasan nak tolak kursus lain
T_____________T

No comments:

Post a Comment

nuffnang promo