ira + aery

Daisypath Wedding tickers

Friday, October 28, 2011

lulus ke tidak?

aku dah mohon cuti raya haji 4 hari!
total dapat 9 hari!!
tapi bos aku tak luluskan lagi
dan pagi tadi
ada sorang bos tu cakap kat 1 bahagian
"..orang yang cuti raya haji ni untuk orang yg pegi haji jer.."
eh eh jeles pulak dia orang nak cuti lama2
nasib dia bukan bos haku
sebab dia memang terkenal dengan 
SUSAHNYA NAK LULUSKAN CUTI
malang sapa yang jadi anak buah dia
merana oke nak cuti2 nih

bagi aku la, situasi setiap orang lain2
apa ko ingat tiap2 bulan ke nak amek cuti lama2?
ada orang nak settle urusan anak la..itu la
isyh macam2 lah
bukannya pakai cuti dia pun yang dia tak bagi cuti sangat tu knp?
xpaham aku

dulu pernah aku attend satu kursus nih
fasi tu cakap lebih kurang macam ni
"..kalau boleh xpayah la balek kg tiap2 bulan jumpa mak ayah..
sebab duit minyak..duit tol kan mahal
cuba total semua tu dah brapa tiap2 bulan..?" katanya.
aku dengar dia cakap macam tu terus hilang respect aku
sedeyyy aku.. fasi tu pompuan oke
nak balek kg jumpa mak ayah pun tak boleh??
bagi aku laaa
biar laa anak2 nak balek tiap2 bulan jumpa mak ayah pun
selagi mereka masih hidup
mungkin entah2 tu last kita jumpa diorang..
siapa tahu kan
aku tau la fasi tu belajar sampai oversea nun
tapi ko tak payah nak perlekehkan anak2 yang nak buat baik
pernah dengar tak ustaz2 cakap
kita pandang muka mak ayah kita pun dah dapat pahala
apa la sangat dengan duit minyak tol segala tu...
bila diorang dah takde baru nak menyesal??!!

i don't "like"

ada lagi oke contest duk suruh orang like2 nih
tulah yang paling aku tak suka
tak cukup mesej, chat pulak suh like gambo dia/adek beradek/sepupu sepapat dia
aku pun tak penah nak join contest yang nak kena ada orang like berjuta kat gambo kita
berjuta gambo ko dapat like
komfem ko menang
baik tak payah aku masuk 
nak menagih like orang macam orang MLM desperate oke
tak kuasa aku!!

yang paling nyampah contest lovely couple
haiyaaaa!!!
korang baru couple belum kawen pun
sok lusa break, wat tensen je
sapa yang follow ustaz idrus mungkin penah dengar
ada orang tanya kat dia
apa hukumnya masuk contest2 gitu
tau apa jawapannya?
dosa la
orang yang like pun sama
dapat saham dosa jugak...

Thursday, October 27, 2011

auwwww auwww auwwwwwww

HAHAHAHAHAHAHA
aku nak gelak besar nih
tadi tiba2 budak ofis aku call
tanya aku pakai apa kat muka??
muka akak glowing2 dan lembap gitu..
dah lama nak tanya katanya
hahahahaha
terkezut aii tau dik
siries lawak pulak aku bila di tanya macam tuh
yelah aku nih berminyak oke muka
rasa dah fedup dengan muka sendiri
dah macam2 produk aku pakai
now, try safi rania gold tuh
tapi tak pakai full set pun
bedak..pixy jer
done!

cerita semalam

assalamualaikum

semalam berjaya masak nasik hujan panas

memang panas aku kat dapur tu
 
 lengkap..
nasik hp+ayam masak merah+daging dendeng+acar
psssttt : acar tu tak menjadi
hahahahad0ii
acar yang senang tu plak tak jadi
#ntahapehakunih#
xpe makan gitu pun sodap

paling mencabar adalah daging dendeng
rasa macam nak hentuk kepala kat dinding!!
tapi yang penting incik tunang makan 3 pinggan oke
melampau...org mkn sepinggan je

 and masa tengah bersilat kat dapur
k.cbah mesej ajak pi tengok pak sedara kami
dia sekarang kat hospital kajang
kanser usus!!
kurussss dah pak sedara aku tu
dan lagi sedeyyy tengok keadaan hospital tu
hospital k.kangsar lagi better oke
serius!!
 
semoga pak sedara aku cepat sembuh
ahhh takut pulak aku ngan macam2 penyakit nih
orang sekarang muda2 dah dapat macam2 penyakit
dan sebab tulah islam galakkan kita selalu pi melawat orang sakit/orang meninggal
adalah tak lain tak bukan supaya kita insaf
hari ni aku melawat orang
esok lusa mungkin orang melawat aku pulak..
bila tengok orang sakit dan macam2 pesakit kat hospital tu
otomatik kita jadi insafkan
takut pun ye jugak

selalu dah aku remind diri sendiri
jaga makan!!!!! 
sebab apa??
penyakit2 tu sumanya datang dari pemakanan kitalah
jangan ikut sedap tekak je
tapi tulah sekejap je lah insafnya
susahnya lah hai...
##marah diri sendiri##

Wednesday, October 26, 2011

WW

sumber: darussyifa

Tuesday, October 25, 2011

lagi best

yeayyyy esok cuti deepavali
happy diwali semua penganut hindu
cuti...mestilah seronok
tapi kenapa laa satu hari je cuti?
kenapa tak dua eh tiga hari terus
kan best
LAGI BEST ooohhoo
(nyanyi macam lagu myvi baru tuu)

pe nak buat ek esok?
pi nilai 3?
pi melaka?
tak pun mulakan projek mengecat tu 
asyikkkk hold je

tapi pi nilai pun penting gak
pi melaka tu nak penuhi nafsu je
teringin nak coba itu cococut shake klebang
semata-mata itu saja

ok bai

selamat hari lahir ayah

pic: google


happy bufday ayah
 yang ke 66
anakmu ini doakan semoga;
ayah panjang umur
ayah sihat wala'fiat
ayah dimurahkan rezeki
ayah sempat pegi haji sama2 ngan mak
ayah nikahkan sendiri anakmu ini nanti
semoga ayah bertambah cucu lagi 
dan segala2nya yang baik2 belaka



pssstttt: pas raya haji t ayah ngn mak dtg umah baru org tau..buat makan2 sikit + doa selamat..org tau ayah memang tak suka duk lama2 even umah anak sendiri..bak kata mak, teringat umh kat kg, ayam, itik kucing....hihihihihihihi

Monday, October 24, 2011

Blogger Cilik

bukan aku
aku  nih dah besar gajah
bak kata orang kg aku
hihihihi
aku ni baru nak jadi blogger celik..

ni aku nak share 
blog adik2 cilik
eh buat masa ni yang aku tau ada dua je
sebab mak bapak diorang glamer u

1. amna
anak kepada wardina
ada orang tak kenal?? 
sedeeeeyyyyy sapa yg xkenal
kagum giler oke kecik2 dah terer tulis blog
baru 9 tahun kut
tapi dia baru je join blog2 nih
ofcos atas dorongan mak dia

2. husna
oke husna ni anak ustaz zaharuddin
aka ustaz zaharuddin.net
yang pasti husna ni lagi lama berblog2 ni
satahu aku 1 family diorang ada blog
dahsyat2
yang penting blog dia comel oke
sangat kebudak-budakan gitu..


haaa dua blog cilik tu jelah yang aku tau
tapi aku rasa mesti banyakkkkk lagi blog2 cilik lain kan
zaman sekarang kan dah lain
bukan macam dulu
duluuuuu aku nak pegang keyboard pc pun takut
takut meletup!!
hahahahaha

Friday, October 21, 2011

FotoRaduan



bukan raduan nama ayah/abang atau lelaki manapun
jauh sekali riduan
apatah lagi rindu-rinduan
ini FotoRaduan
firstime aku join blogger punya peraduan
hadiah memang jadi idaman
maka ini gambar yang dipertaruhkan




T____T

Thursday, October 20, 2011

sekali sekala

wiiiihuuuuu
semalam aku eL
pas buka pose 
makan nasik arab iaitu hanith lamb
terus pedih ulu hati
pas maghrib terus tido
terjaga kul 11 - semayang isyak
pastu sampai ke pagi tak boleh tido
sebab masih sakit
dari pedih ulu hati jadi sakit belakang
dah dapat dua sakit
yelah duk golek kiri kanan - terlentang - bangun duduk
tak boleh tido sebab sakit
last2 tertido jugak
sedar2 jam 7.30 pagi
dan pedih ulu hati masih ada
nekad tak larat nak pi keje
heaven weh duk rumah
tengah hari sampai ke petang hujan lebat
bukankah itu nikmat
nikmat tido la!!
ajaibnya sakit pun terus hilang
nampak sangat badan ni suh rehat
jangan rajin sangat pi keje
hahahahaha

pehtu malam pi makan kat dengkil
eh murah laa rest sri malee tuu
nak putih+tomyam campo+sup ekor+kerabu mangga+nsk grg kg+ air tembikai+air kosong dua
total = RM 18.00!!

dah kenyang
pe lagi balek rumah laa
macam biasa lalu jalan shortcut
ikut presint 20 tuh
time nak sampai first ronbod
ada satu kete kancil tapi aku ingatkan motor sbb
satu lampu je nyala
xpelah, kami pun meneruskan perjalanan
dah masuk gate kat perkuburan islam tu
aku dah nampak ada benda shining2 kat tengah2 jalan
tapi aku abaikan
sampai2 kat situ
rupa2nya gate dah tutup!!
so kami pun uturn la balek
uturn2 ..
gate menghala keluar tu pun tutup jugak
ah sialan sungguh!!!
aku dah cuak bagai dah
terus terbayang kami ni kena perangkap ke hapa
ala macam dalam filem tuh
dah la kubur kat situ weyyy!!
belah kiri kami tu je hah
pastu hujan renyai2 pulak..
isyhhh seram haku!

kete lain xde oke, kami je
undur kete terus kuar balek kut gate first masuk tadi
cehh knp la diorang tak tutup je terus gate td
xde la kami masuk
aku suh incik tunang pecut
gila lah seram aku
tapi kereta kancil tadi sapa??
masa kami keluar ada lagi kete tuh
ah mgkin guard kut
tapi asal xbg warning jalan dah tutup
masa tu baru pukul 10.40 camtuh
dah keluar sampai ke jalan dengkil
leggaaaaaa cheq!!!

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday


tak lama lagi dah nak raya haji...
really miss my mum n dad

Tuesday, October 18, 2011

angle hair carbonara ikan talapia

 hah hamek ko
panjang kemain nama resepi
 tapi hakikatnya gitulah
memang pun
angle hair carbonara ikan talapia ye

disebabkan ayam/daging xde
so tetiba teringat ada ikan ni dalam peti
so aku kukus
separuh isi ikan campur dalam kuah
separuh lagi buat seperti di gambar bawah
hurmmmmm SEDAP!!!
puji diri sendiri


 meh kasi zoom sikit
kasi nampak itu isi ikan 
 terliur tak?


i'm lovin' it!!

kenapa kau hijau...?


dah lama aku terpikir mende nih
serius berat persoalannya
ada sesiapa yang nak tolong jawab?


















mengapakah



















































vavi angry bird 











































































berwarna HIJAU???!!




pic:google

Monday, October 17, 2011

nyaman nya tekak

15 okt
pestime amek cup pink..
kongsi dua
ai suap u, u suap ai

16 okt
incik tunang punyer

ini aku punyer
hahahahaha
mentang-mentang 50%!!

15 okt
pestima try sbb guna kupon
hurmmm sedap lg ice blended pasar malam


-sekian-

Friday, October 14, 2011

Hak Anda & Kuasa Polis




jum2 tengok
untuk peringatan kita bersama



psssttttt: sungguh pendek suar hijau peminat justin bieber itu.. >__<

tarik nafas..... hembus...!!

salam
dah hari jumaat
cepatnya masa

lately aku rajin godek2 blog wedding DIY
aku jadi semangat nak DIY jugak
dari veil-tudung-baju-pelamin-goodies dll
suma DIY
dahsyatlah!!
 
tapi barang2 satu hape pun xde lg
bila nak beli barang-barang ni incik tunang??
jangan esok kelam kabut sudey
eh list pun xbuat lg!!

dan ramai yang cakap
bakal bride jugak yang banyakkkkk menda nak kena buat
bakal groom hulur fulus je...
yes fulus!
fulus ye
seram!
banyakkkkk kut fulus nak guna
..............................................................................



psssstttt: eh xde dah ke yang kawen2 ramai sponsor jabatan agama ke apa..nak mohon!! hahahaha

Thursday, October 13, 2011

info baeeeekkkk lagi

ini info laaaaagggiiiiiiiii baeeeekkkk punya
bagi peminat tutti frutti macam aku
jom serbu outlet baru kat Presint 15, Putrajaya
15 & 16 Oktober 2011
diskaun 50%!!!

4 more info click TF Putrajaya







psssttttt:  thanks incik tunang 4 da info ;))

meeting terbuka

haisssyyyhh 
lawak plak aku rasa
depan aku ni ada bilik meeting
tadi busy sikit buat keje
tengah buat keje tu terdengar orang duk cakap2
aku tak peduli la
tapi dah lamaaaaaaa still dengar lagi orang bercakap2
tengok-tengok...
oh patut lah
diorang meeting dengan pintu terbukak!!
pelik.. tak penah di buat orang 
haadooii
lawak plak
xpe lah
biar aras nih bising sikit
T____T


Wednesday, October 12, 2011

FAREAST - SAAT LAFAZ SAKINAH (LIRIK)


layan oh lagu nih
dah cari kat warta
xde pung album nih

Tuesday, October 11, 2011

info baeeekkkk punya

semalam godek2 fb tutti frutti
aku baru like
oh rupanya ada promotion
untuk ladies 
15 %
every tuesday
until end of this month!!

pic: google

untuk student pun ada jugak
10%
e.v.e.r.y.d.a.y

lets check it out more fb Tutti Frutti

Monday, October 10, 2011

kfc beratur

malam tadi gigih dari warta ke pkns
dari pkns sampai ke cyber
kami nak terjah kfc jer
tapi mak aihh bukan main panjang dia punya beratur
kalah nasik kandar beratur
adakah semua pakat nak tebus hotlink tiket tuh?
tu pun hakak hencik tunang kasik
kupon dominos pun tak guna2
jadinya kami pun membawa diri ke cyber
tak kuasa nyahhh nak beratur
naseb clean and clear kat cyber
tapi kesabaran sedikit teruji dengan budak kaunter itu
lupakan 

tebus tiket dapat la 4 ketui 
tapi tak sedap pun tomyam kung ayam kfc tuh
sedap lagi spicy
...sekian...

Cerita Kursus

citer dah basi
tapi nak jugak citer untuk kenangan
lagi satu sebab best
kursus ni tak macam kursus lain


date : 23-25 sept
venue : sri mesia bagan lalang


aku pergi pun sebab ganti jiran sebelah
dia dah terlebih kursus
so aku yang tak cukup kursus ni la rela nak gantikan
bagi cukup 7 hari


day 1: malam
sesi perkenalkan diri oleh prof aje.
kami peserta kursus tak payah. baguskan
pastu prof ada suh lukis kampung halaman dan lembu.
setiap lukisan kita tu ada makna.
then main blow wind blow
contoh nak main game ni;
mula-mula buat bulatan
then prof cakap 'blow wind blow'
kami kena tanya
'blow wind blow apa?'
prof pun cakap la
'blow wind blow sapa yang pakai kasut'
so, sapa yang rasa dia pakai kasut kena bangun tukar tempat duduk
sapa tak dapat duduk dia la kena cakap blow wind blow seterusnya
syiokkkkk woo game nih
macam prof cakap
game ni kena jujur
kalau orang xnak bangun xde la kita dapat duduk


day 2: 
masa malam tu prof dah pesan jgn pakai high heels segala macam
pakai selipar je yang flat2
ghupa2 nya ada aktiviti mencari barang
masa diberi dari 9.00 am sampai 4.30 pm!!
kami dibahagikan kepada lima group
masing2 dapat list barang yang kena cari
ada dalam lebih kurang 15 barang kut
yang aku ingat adalah;
  1. beras 10 kg
  2. kicap cap kipas udang (siap jenama tak boleh blah)
  3. telur 5 biji
  4. 3 susu tin
  5. 2 ekor ikan
  6. 5 paket maggi
  7. 1/2 kg biskut tawar/ biskut mayat (mampus nak mencari)
  8. sepeket garam
  9. sepeket gula
  10. bihun
  11. sebotol sos
  12. dll tak ingat
syarat nya pulak ;
xboleh beli dengan duit sendiri
tak boleh mintak dengan hotel
kalu langgar syarat di atas
bisu 40 tahun!
hahahaha
prof yg cakap eh

dalam masa kami kena cari barang2 tuh
kami jugak kena cari rumah orang miskin dan sewaktu dgnnya
untuk dermakan barang 2 yang kami dapat tu


memang giler ahh
mana nak carik
tambah2 beras 10 kg tuh
memang mula2 menyumpah dalam hati ar


tapi prof guide kami la
dia bagi contoh pi mintak kat orang kampung
pastu buat ala2 pengakap
(mana la aku pernah masuk pengakap)
kalau nak barang..kita kena tolong orang tu
bersih rumah ke hape ke
anything
kita buat keje, tuan rumah bagi barang
gitulah


maka bermulalah pencarian kami 5 group
tapi 1 group tu bernaseb baik
sebab ada ahli dia bawak kete
selamat laa diorang tak pahyah berjalan kaki macam kami yang lain


group 5
diorang la satu-satunya group yang dapat beras
beras 10 kg oke!!
rezeki diorang dapat tuan rumah yang best


group aku punyer citer plak begini:


rumah first pegi akak tu kasi sos. dia xnak kami tolong apa2. (selamat..hahahaha)
rumah kedua kami dapat ikan. bukan ikan biasa. ikan siakap okeh.
masa stim ke tiga rasa ke sodap nya!!
rumah ke tiga. bagi2 salam,xberjawap.
rupa2nya dah ada group 2 kat belakang umah. siot tul
rumah ke empat. adik tu xtau nak bagi apa. katanya mak ayah xde kat umah. sokay
rumah ke lima. jugak tak jawap salam tapi pintu terbukak. hurmmm
rumah ke enam. ok nenek tu kasi gula dan keropok. 
xde dlm list sebenarnya keropok tu
belasah je


then balik hotel simpan barang yang dapat
terutamanya ikan tu lah
pastu tanya receptionist kat mana lagi banyak rumah orang
masa tu kul 11. panas jangan cakap la
aku amek daun pokok alamanda. sebab daunnya besar2 buat tutup muka
jauh oke jalan kaki sampai taman perumahan tuh


haaa kat sini baru best sikit
rumah taman kan 
berderet je la rumah orang


w/pun bertembung jugak dengan group 1 yang ada kete tu
tapi diorang tak kacau tempat kami
hahahaha


rumah pertama; adik tu bagi telur
yang neneknya sempat promote sapa nak urut dengan dia
tapi lelaki pun dia urut
aiyooo!!
adalah akak sabah tu amek no tel nenek tuh
kikikikiki


rumah ke 2; tuan rumah pesara tentera
tengah mandikan kucing masa kami bagi salam
siap jemput masuk rumah
best giler rumah dia
reduppppppp je
wife dia bagi biskut+garam+susu
alhamdulillah


rumah ke 3 plak;
pakcik ni kuar dengan selambar ya ya je pakai suar pendek tak berbaju
pakcik tu bagi duit
sempat kami mintak kat pakcik buah kedondong
besar2 buah nya sampai ke luar pagar 


rumah ke 4;
akak ni pun bagi duet


then rumah last;
pun cantik rumahnya
penuh pasu cantik2, warna warni
akak tu kata hasben dia dah besara so tu suma hasben dia la yang buat
untunglah dapat hasben rajin kan


yang lagi best
akak tu tanam anggur hijau
wahhhh jakun sekejap
hidup pulak anggur tu dengan cuaca panas2
yang kat perlis tu rasanya tanam kat tempat khas 


then akak tu bagi sardin+maggi
pastu dia bagi sebalang kueh semprit
akak tu memang buat kueh jual
rezeki..rezeki


dah sepakat untuk terus balek hotel
tak larat sudah
matahari tegak atas kepala!
terus balik simpan barang dan lunch
masing2 memang penat takyah cakap la
panas+pening kepala
masuk bilik rest jap tunggu zohor
pastu apa lagi
PENGSAN!!
kul 4.30 pm kang nak kumpul balek


group 3
tolong buat kerja kat kedai makan tepi pantai
diorang buat keje sampai petang oke
bagus2
group lain suma dah pengsan
malas nak kuar dah lepas lunch


dan petang tu bermulalah
program bersamamu
T_____T


rumah pertama - group dua
seorang balu dan buta
aku masuk kejap je
pastu cepat2 keluar
sebelum air mata keluar ;P 


 rumah kedua - group ketiga


rumah ketiga - group aku
tapi tak jadi
bincang2 prof pun tak setuju
suh cari rumah lain
yelah ko tengok la rumah tu
aku tengok kat situ takde lah yang betul2 susah
macam bersamamu tuh
susah2 pun ada astro ok
umah aku pun xde astro!


gambar rumah ke empat xde la pulak
ni gambar rumah last - group 2
pakcik ni stroke anak 11 ke 14 orang ntah
so barang2 group aku pun kasi kat pakcik ni 

tamatlah program bersamamu


jom kita bergambar ramai2 plak



dan ini







dialog sama duit


Duit RM1 telah bertemu dengan duit RM50 dan bertanya:" 
Oit, lama tak nmpak, mna ko pergi?" 
RM50 mnjwb," Aku pergi merata tmpt. Pergi halfkat,pegi danok,pegi disko,stadium tgk bola, gi Karaoke, tengok wayang, lepak Mydin, konsert AF, M'sian Idol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"
RM1 menjwb perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau , masjid, surau,masjid... ".
...................................................................

Friday, October 7, 2011

bencilah

haaaaaaaiiiisssshhhhhhhhhhhhh!!

aku sungguh bosan 
kalau nak kena buat keje nih
kalau semua orang bagi kerjasama xpe
ini tak
 nak kena aaakkkkuuuuuuu mengadap sorang sorang
baru nak bg maklumbalas
letih la wey!!
dah la duk aras lain2
emel2 haram xde respon
memang macam tuutttttt
dan hari ni dapat new task from boss
dah macam meeting besar pulak
padahal meeting seksyen jer
AKU
 BENCI 
MEETING!!

dah la pagi tadi agak malang
aku susun kotak2 dalam bilik boss
kotak tu kotak masa pindah ofis
dah setahun dah pun
sekarang bukan bilik tetap
so boss dah cakap biar je barang2 dalam kotak tu
selamat aku tak payah kemas
;)

disebabkan pagi ni ada orang nk interview boss aku
jadik aku kemas2 la sikit
kotak2 tu dah bersusun tinggi
ada la tu boss cari barang dia
so aku nak la susunkan elok2 balik
sekali mak aii
berat kotak atas tu
heran tak jatuh plak kotak berat duk atas
xpe la try je angkat
dah angkat paras dada
 hamek kau
memang berat
aku nak tahan ngan paha
sekali bergesel paha aku ngan kotak berat tu
perrggghhhh
sakittttttt!!
tak luka tapi macam bisa gitu
pedih!!
harap dalaman xde apa2

Thursday, October 6, 2011

tak paham aku

aku bukak fb tadi
fb sekarang kan dah canggih
orang like ke kuar status baru ker 
automatik dia kuar belah kanan tu
kita boleh view terus
tak yah susah nak bukak fb dia
then tadi
mata aku ternampak la
minah ni pi like fb
'tiger beer'
errkkkk
apakah??
perlukah??
ko tu orang islam weyyy!!
please laa

Perkahwinan Islam


Ya Allah
aku menangis tengok video INI
subhanallah!!
sesungguhnya itulah perkahwinan Islam sebenar
terserlah kesederhanaan, kemanisan, kesucian dan keindahan
aku tak tahu orang lain yang tengok
tapi aku nangis insaf
tengok pengantin perempuan
teragak2 dan malu2 nak salam dengan SUAMI dia
sesungguhnya
perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik
begitulah sebaliknya
.....................................



pssstttttt: mudah-mudahan big day aku kelak juga begitu

maniskah berbohong?



soalan untuk diri sendiri
dan juga untuk sesiapa saja
hakikatnya takde sape pun kat dunia ni yang suka dibohongi
even budak2 kecik pun tau bila depa dah kena bohong kan?
kita je yang pandai nak kaver line
cakap itu bohong sunat
..............................................








pssttttt: tajuk entry c&p program ustaz don

Wednesday, October 5, 2011

pekak rupanya


ada orang yang Allah kurniakan dia telinga tapi
malangnya dia lagi pekak dari orang yg memang pekak!!
apa taknya bila asyik la aku yang ingatkan, kasi reminder
tiap2 kali ko dpt gaji ke bonus ke
sila SAVING! SAVING! SAVING!
Tapi ada je alasan ko taknak saving
memang LIAT sangat!!
ko cakap aku ni membebel je
baiklah kita tengok masa depan nanti
bebelan aku selama ni berguna ke tak berguna
fedup aku!!

Wordless Wednesday



psssttt: c&p from fb ustaz zamri

Tuesday, October 4, 2011

buang masa jap

lambat beno jam ni pukul lima
aku ngantuk!
malam tadi tak boley tido
kul tiga kut baru aku lelap
pagi tadi pulak ofis ada hari inovasi
pung pang pung pang
dengar final debat
bla bla bla bla
dengar bos-bos besar berucap
tahan ngantuk je lah
tapi balik umah kang
kena goreng nasik
semalam masak nasik macam terbanyak pulak
sebab musabab masak nasik semalam
adalah
kerna
saja nak try periuk nasik baru
;P

Monday, October 3, 2011

minyak


orang kata dalam hidup kita ada dua minyak sebagai teman setia..
fasa I : masa muda belia,cantik rupawan..kita bertemankan minyak wangi.tiap-tiap hari mesti sembur punya.nak-nak pompuan kan.

fasa II : bila dah tua..teman setia pulak ialah minyak angin ler..Tapi yang aku ni apa kes..boleh kata tiap2 hari sakit bahu ke tengkuk.kadang2 smpi naik ke kepala..mungkin cara tido aku tak betul? sebab aku tido mengiring. Atau sebab bantal? ke cara aku duduk. yelah sepanjang hari kat ofis..cara duduk yang betul kena tegakkkk oke. Tak pun aku stress? Ke cara pemakanan..?
Ntah lah. Yang pasti rasa nak pi berurut satu badan tapi xtau nak tuju kat mana..
bila sakit mcmni rasa diri dah tua wey!

idaman lake


hari kejadian : dah lama lepas raya
(eh dah habis raya pun)
lokasi : restoren tasek idaman


datang awal dalam 4.30
kami antara 3 pelanggan awal
punyalah xtau tempat
sesat barat masuk hutan mana ntah
hahahaha
rupanya buta signboard
padahal selalu jugak lalu jalan tu
depan aelb
aku dulu pun amik lesen kat situ
hampeh tul xtau




view : best
(rasa macam kat tasek raban pulak)
food : biasa2 je


sekian melaporkan...

nampak macam senang


kenapa aku tengok orang lain nak kawen macam senang je
maksud aku nampak smooth je
dipermudahkan urusan

contoh 1:
masa hari raya hari tu
mak sedara aku pinjam langsir untuk kenuri adik ipar dia!!
langsir tu pun dah 5-6 tahun punya
langsir kenduri akak aku jugak
haa kau..senang betul keje diorang kan
tak payah pening pikir nak buat langsir
tak payah pening kuar duit belanja untuk langsir
pinjam aje kat orang..habis cerita
kalau dekat aku tak heran sangat
ini bawak sampai ke pahang nun!!
terkezut jugak aku
wahhh senangnya tengok orang lain kawen
macam tak payah pikir apa-apa

contoh 2:
masa aku sibuk uruskan hal masuk umah
budak ofis aku n pun sibuk buat rayuan utk dapat rumah
oh rupanya dia nak kawen dah
dia tunang dalam sebulan je
terus kawen awal julai ri tu
wahhhh senangnya
dah sah jadi laki bini pun
dah boleh puasa/sahur sama-sama
dan yang pasti raya pun lebih bermakna laa

Ya Allah,
Kau permudahkanlah segala urusan kami
jangan Kau bebankan kami dengan apa yang kami tak mampu hadapi
amin..

wahai rasa

aku tensi..!!
macam2 rasa sekarang
rasa fed up
rasa marah ofkos
rasa benci + menyampah
rasa putus harap dah
rasa lantak la apa nak jadi
rasa penat
rasa sakit hati
rasa macam2
mula-mula 12
tiba-tiba jadi 3
dah 3 oke la
alih2 6 pulakkkk!!!
hai Ya Allah

nuffnang promo