ira + aery

Daisypath Wedding tickers

Thursday, December 22, 2011

syukur

saat orang susah giler nak dapat keje
aku senang2 je dapat keje lepas habis belajar
tu pun malas lagi nak keje...

saat kagum giler tengok orang lawa
muka licinnnn putis gebus
tapi bila tengok ada orang yang mukanya penuh jerawat batu
aku terus bersyukur sekurang2 nya muka aku no problem
walaupun berminyak, berlobang2

saat aku down akibat rasa diri gemuk gilers
aku bersyukur ada orang lagi gemuk tahap kesian tengok
tapi lagi sadis tengok orang kurus sampai nampak tulang
xcantik langsung!!

saat orang lain tunggu bas atau naik motor
aku syukur sangat aku naik kereta
tak berhujan berpanas

saat orang lain ada yang tak cukup makan pakai
aku terlebihhh kut
perut pun sentiasa kenyang
syukur lagi

saat ada orang yang Allah jadikan dia istimewa
sudah pastilah aku bersyukur sangat sangat
aku sempurna
tiada cacat celanya

saat ada yang terlantar sakit atau mendapat penyakit
Alhamdulillah, aku masih sihat
aku masih kuat
syukur ya Allah

di saat ada orang yang sebatang kara
aku masih punya adik beradik yang ramai
sepupu sepapat, sedara mara dan tak tau nak panggil apa lagi
syukur

saat ada insan yang sudah tidak punya ibu bapa
syukur amat amat aku masih punya mak dan ayah
itu nikmat kasih sayang dari Allah

TERIMA KASIH YA ALLAH
jadikanlah aku ini sebagai Hamba Mu yang tak henti2 mengucapkan syukur

Wednesday, December 21, 2011

entry makian

salam rabu

lama aku tak update
busy..
ni aku update sebab nak lepas geram
aku nak bagi kata2 makian boleh tak?
walaupun...
hai sabar lah wahai hati

kejadian baru je 10 minit kut
ada dua orang pegawai pompuan mai kat tempat aku
sorang gumuk sorang kurus
aku ingat kan nak tanya bilik meeting and bla bla
sekali pompuan kurus ckp
"kami datang nk mystery shopping baju keparat..."
sambil senyum
"sy nk tangkap gambar, sila padang kotak A4 sane.."
 kata pompuan gumuk tu pulak
(konon bg nmpk sipi2 la muka aku!) 
aku plak blur2 lagi
dah main terjah je kan

tapi dalam hati memang menyumpah lar
B*D*!!!
benda2 macam ni pun nk mystery shopping???!!
baik la ko mystery shopping hal kebajikan pekerja
ada cukup mesin fotostat ke tidak
ke apa ke benda penting
kat aras aku nih hah
ko nak fotostat ke fax ke sila turun ke bawah oke
sadis tak?
tapi itulah kenyataan

manusia memang suka buat peraturan yang sia2
apa faedahnya pun ntah...

Wednesday, December 14, 2011

senyum kambing


sehari sebelum balek putra
aku kuar ngn ayah and adik aku
mak xikut, busy kan
pi cari ikan pekasam sebenarnya
and sampai di tempat kejadian,
dalam kul 6 petang gitu
tiba2 ternampak
pengantin baru...
yang kenduri bertandang di rumah lelaki sabtu semalam
rumah pengantin laki kat kg aku laa
penganti baru di kedai makan
apa diorang buat??
makan laaa... [LOL]

akan tetapi
yang makan hanya pengantin perempuan
makan nasik goreng
wah siap nampak lagi dia makan apa..hohoho
maka, aku pandang adik aku
adik aku pandang aku
masing2 senyummmmm kambing
macam biasa je aku lihat situasi itu
hahahaha
mesti kat umah mentua makan tak kenyang kan
;P


  
 pic: google



 psssst: wahh, sedap aku kata orang..esok2 time aku pulak caner ek??

kenduri kecik

best!!
best la mak ada sini
hehehehe

malam tadi ukur2 tingkap kat umah
nak buat langsir kenuri nanti laa
mak cakap ikut ukuran umah sini je
lepas kenuri boleh pakai terus
ha'ah laa, tak terpikir pulak
sangat bernas kan cadangan mak!!
tapi xtau lagi nak survey langsir bila
busy oh semua weekend smpi hjg thn
dengan nak buat makan2 lagi
 
malam tadi jugak kol kak2 aku
bila diorang free
see, ikut tetamu bila free, bukan tuan umah ;P
insyaAllah buat hari ahad, lunch
menu adalah masakan kg
sure tak cukup nasik sepinggan!!
malam tadi dah decide ngan mak nak masak apa
macam banyak je
 xpe biar berlebih jangan tak cukup
yang pasti weekend ni umah aku adalah
FULL HOUSE!!!
can't wait.
meriah.

Tuesday, December 13, 2011

oh Mak..

salam...

hari ni baru masuk keje
semalam cuti kan
seperti dirancang..mak ikut aku
dan seperti dijangka..ayah xmo ikut
jenuh ajak!
ayah, take care k duk sorang2 tu
and mak jangan bosan tau duk kat umah tu
naseb baik adik aku ada

aku balek kg hari tuh
ya Allah, mak aku super busy
keluar pagi balek tengah malam
ada meeting penting
nak mengundi kannnn
tak reti penat oke!!
padahal yang muda2 lagi ramai
tapi tulah bila ikhlas bekerja kerana Allah
so, bila mak ada sini
macam lega sikit
harap mak boleh rest banyak2

sebelum nak bertolak tu pun
mak pi jumpa jiran sampaikan pesanan itu ini
call orang nu orang ni ingatkan hari2 sekian ada sekian2
haiyooo!!
sampaikan bila mak baru nak pegang telefon
aku ngn adik aku mesti cakap
"nak call sape lagi tu mak..?"
hahahaha

dah macam wakil rakyat
sebab tu kami panggil 
 
MAK DATIN....

Thursday, December 8, 2011

mengucap panjang


kita selalu dengar haruan makan anak
tak pun harapkan pagar pagar makan padi
selalunya lelakilah yang dimaksudkan 

tapi bila tengok video sebuah program tv kat indon
yang tengah tersebar kat FB sekarang
memang mengucap panjang aku
EMAK BERZINA DENGAN ANAK SENDIRI!!!

Ya Allah,
memang dunia dah akhir zaman sangat
terang2 mangkuk hayun dua ekor ni mengaku berzina
pastu siap Alhamdulillah2 pulak
tak paham aku!

Ya Allah,
Kau lindungi lah kami dari tipu daya dunia
Amin....

jangan suka suki

aku tengok berita malam tadi
tapi macam tak berapa jelas sangat
yang pasti tunjuk accident lah

dan tadi aku baca sini
oh berita tu pasal ni rupanya
undur kereta kat highway sebab terlepas simpang!!
very the dangerous!!!
tak dapat aku bayangkan macamane
highway tu..kete mesti banyak kan
berani nya lah pi reverse2
acctually aku pun penah buat  ;P
dolu2 laa time baru dapat kete
paham2 jelah jalan kat KL nih
terlepas satu simpang 
jawabnya ko sedia duit tol lebih laa
lagi satu bila drive penuh satu kete
pastu masing2 tak tau jalan
memang gabra weyyy
orang tu kata masuk simpang sini
orang ni kata simpang satu lagi
tak tau mana satu nak dengar
last2 terlepas simpang betul2
apalagi reverse jelah..buat berani

baru2  ni ada kete viva
boleh pulak dia reverse kete tengah2 traffic light tuh
traffic light tu tengah hijau oke
driver pompuan - penumpang pun pompuan
satu je aku nak cakap
sila lah sayang nyawa anda!!
ko terlepas simpang tu xpe
boleh pusing roundbord balek
ko kedekut sbb nak kena pusing roundbord??
alaa minyak kurang sikitttt je pun

happy


i'm happy!!!





























sebab













































nasik lemak 









































2 hengget jer u olls
berlaukkan paru+timun+kcg ikn bilis
OMK....
silalah percaya!!
sebab banyak gak aku amek paru tuh
aku dah bajet kena 3.50 
sekali....2 hengget jerrrrr
aku pun macam tak percaya je masa nak membayo tadi
hahahahahaha
 





pssst: OMK = OmakKau

Wednesday, December 7, 2011

puisi dari suami untuk isteri



 
all pic: google

Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana.

Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku.
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.

Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.




psssttt: aku baca pun sebak...puisi yang sangat jujur dari hati

Monday, December 5, 2011

bubur asyura


pic: google

see
very tempting!!
aku dah terliur2
sedapnyalahhhhaiii


seingat aku lah kan
sejak aku berkerjaya dalam enam tahun nih
tak penah aku berkesempatan nak join
mak and the gang masak bubur asyura
how i miss very much that moment

dolu2
gotong-royong satu kg
macam ni lah hah

pic: google


masak dalam kawah!!
syiokk
dah masak, makan panas2 time cair lagi bubur tuh
pergghhhh, sedap giler!!!
selalunya masak dua kawah
satu manis dan satu masin 
sodap jugak makan sejuk2

ingat lagi masa sekolah menengah
buat bubur asyura ni lah
tapi yang handle nya ustaz2-cikgu cekgi dari kelantan ke ganu
siries aku xboleh makan
bubur diorang lain oke
yang pi ikut resepi negeri diorang kenapa?
ikut la resepi perak kan
ntahlah orang lain mgkn boleh makan
tapi aku tak leh makan sebab
ada rasa rempah ratus bagai
aku bawak balek rumah pun
xde sape makan
tong sampah la jawabnya

so this weekend balek kg
dah niat dalam hati nak mintak mak masakkan 
bubur asyura!!!!

dah menitik2 air liur aku nih
;P

............................................

jalan - berangan - sentap

salam 9 muharam

isnin yang bersemangat walaupun bosan
sebab hari isnin depan cuti wehhh
hari keputeraan sultan selangor
cuti free hujung2 tahun
sapa tak suka kan

insyaAllah aku balek kg
amek mak ayah
sambil2 tuh boleh makan kenduri
almaklumlah musim mengawan
kannnnn 
suke!!

hahhh semalam ahad
aku berjalan sakan smpi pening kepala
saja gatal2 pi GM Klang --> JJ Bt Tinggi --> Nilai

pendapat aku tentang GM Klang......
no bad laaa
tapi alangkah bagusnya kalau setiap bangunan tuh
diorang category kan bangunan ni utk jual sekian2
tak bercampur aduk laa
senang aku pengguna nak shopping

dan dalam banyak2 barang kat situ
 yang aku dan adik aku sangat tertarik adalah
kain berlabuci bagai utk buat jubah
siries lawa!!!!
terus terpikir untuk buat baju seragam satu family
tapi very costly ok
kira2 utk 8 orang dah 4rat lebih
pastu kena beli kain lining lagi
perghhh kena pikir 1000 kali
dannnn tu baru baju utk kaum hawa
belum kaum adam lagi
family besar macam ni lah
T______T

dan malam tadi terpikir
TINGGGGG
cotton polka dot
untuk anak2 sedara feremfuan aku je
mesti shomel!!!

tapi citer GM xhabis lagi
ada satu kedai tu
very the kurang hajar 
ko setakat jaga kedai
bukan tokei kedai pun
tapi layan customer macam ^%^$%!!!
okeh, macam ni citernya
aku ternampak paper bag yang tengah in sekarang ni
aku pun belek2 dan tanya kat budak pompuan tuh
diorang ada 4 orang
duk gosip2 smbil belek hp
"..dik paper bag ni ada tapak x?
tak tahu lah kak.."
it's ok lagi la dia cakap macam tu
pastu kawan dia tanya budak pompuan tuh
"..tapak apa?
ntah..
tapak sulaiman kut....."

see
very the kurang hajar kan
dah la ko tak layan customer elok2
ko buat lawak bangang lagi bodoh depan customer
nasib baik mood aku elok semalam
kalau tgh badmood memang aku maki balek kut

sian la kat tokei kedai tuh
malang la dapat pekerja macam tuh
customer datang buat dekkk je
and again it's a malay girl.......................

Salam Takziah


TAKZIAH untuk k.ina atas kehilangan suami tercinta
k.ina adalah ex PA kat ofis aku
semoga beliau tabah dengan ujian Allah ini
tabah meneruskan hidup bersama anak2
hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya......

Friday, December 2, 2011

sedih........

salam

jumaat tengahari aku balek umah
terus menuju ke dapur buat puding karamel
untuk incik tunang yang dah lama tak makan
pastu buat roti telur untuk perut sendiri 
dan budak2 kat umah tuh
adik bongsu  dan 2 orang anak sedara aku ada kat umah sekarang
dah dua minggu holiday kat umah aku
holiday laa sangat

masa tengah aku masak tu
mak kol adik aku
aku wajib la pasang telinga
ah sudah apasal bunyi sedih2 pulak ni

acctualy memang bulan ni dah plan nak pi pahang
mak memang nak pi
dah banyak kali cakap kat aku
tup2 akak aku kol mak kata 
"mak, kami kat pahang ni
mak tak mau ikut ker?"
it was 'surprise'???
mak pun nangis laa
sedih la weii
hang dah sampai pahang baru nak ajak mak??
ajak2 ayam sungguh
kecik laa hati orang tua tu

adik aku pun nangis sama
aku pun sebak tahan air mata gak
mak kol tu kira nak mengadu la
ayah xdak pi semayang jumaat
g pun adik aku memang rapat oke ngan mak
maklum laa anak bongsu


and now aku rasa nak balek kg sekarang jugak!!!
siries!!!!!
mak gtau gak td yang ayah tak mo dtg kl
aku dah agak dah
ayah memang macam tu
tak senang duduk even tu umah anak2 sendiri
rasa nak tarik2 gak ayah masuk kete bawak kl
boleh...?



psssst: langit yang gelap lagi hujan

Saturday, November 26, 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun



Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433. Semoga dimurahkan rezeki, harmoni dan diberkati Allah disepanjang tahun mendatang.

DOA AKHIR TAHUN

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Doanya adalah:
Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

 

DOA AWAL TAHUN

Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun:
Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
Nota:
* Doa dipetik dari: Surah Yasin, Tahlil dan Doa, Terbitan Abad Sinergi Sdn Bhd, Cetakkan Kedua Disember 2009
 
big credit to: sawanila.com

Friday, November 25, 2011

sengal

hadoiiiiiii!!
aku dah buat silap
sapentah call boss tadi
masa tu boss xmasuk lagi
wpun aku syak boss mungkin mc
aku pun ckp boss tgh knowledge sharing
memang ada knowlwdge sharing pun
aku je xlarat nak pi

dan tadi boss baru inform dia mc lagi
matik aku
dah laa tadi aku tak tnya 
siapakah di talian sekarang??
senagal nya lah
oke sila salahkan period pain..

period pain


 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

cepatlah kau berlalu
kena kat ofis yang beku
bertambah2 'pain' aku


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Wednesday, November 23, 2011

Rabu Bersuara

salam rabu
salam merah
eh tiba2
bukan apa
rabu adalah hari merah
kat ofis aku laa
tiap rabu kena pakai merah
kalau tak kang orang ofis renung ko semacammmm
sungguh budak2 kannnnn

pelik sungguh aku
peraturan pelik2 nak buat
kita perlu pakai begini2 supaya bla bla bla
kalau sebulan sekali ok lagi kut
tapi tiap2 minggu ko
mana nak cekau baju merahhhhhhh manjang kan
lain la nak sponsor aku baju merah setahun

kesimpulannya
manusia ni memang pelik
buat aku terfikir
kalau peraturan yang manusia buat
itulah yang nak ikut sangat
tapi peraturan/perintah Allah
ko banyak dolak dalih kannnnnn



sekiannnnnn




pssstt: semoga abah incik tunang cepat sembuh...suspek sakit jantung.mlm td masuk spital ipoh

Tuesday, November 22, 2011

HARIMAU TERUS MENGAUMMMM!!!!!

dan
garuda jadi angry bird.....
hahahahaha

well, malam tadi aku tengok kat umah je
tapi dia punya bising kecoh macam 100 orang oke
aku + adik aku dan 2 orang anak sedara aku

tapi apa2 pun tak sia2 kami terjerit2 terlompat2 
naseb kepala tak kena kipas angin je
bahaya owhhh!!

dan saat penalti lagiiiiii aku tak sanggup nak tengok
tekup bantal kat muka
berdiri balek dinding
bila adik ngan anak sedara aku sorak baru aku tengok tv
makna nya menang ahh kan
hahaha
tulah weyy 
memang sakit jantung sungguh!!



and i found this status at fb
"...lagi perlahan bola badrul bergelek masuk, lagi sakit hati penyokong indon melihatnya.. kan? betul tak? semua tu ada hikmahnya..." 
aku SETUJU sangat2!!!



SYABAS HARIMAU MUDA!!!
SYABAS MALAYSIA!!!

Monday, November 21, 2011

FINAL BOLASEPAK SEA GAMES 2011

yeahhhhh
seperti diramal
MALAYSIA ke final!!!

bertemu indonesia sekali lagi
haiyoo00oo
mau sakit jantung nak tengok malam ni
tapi xleh tak tengok
kena tengok jugak
tapi dalam hati DUP DAP DUP DAP kannnnnn
;P


wish u all gud luck HARIMAU MUDA!!!!
baham cukup2 itu garuda!!!!!!





sangat suspen ok nak tengok final nih












credit picture to google

Friday, November 18, 2011

nak sebijik please....!!

 lately hujannnnnn je memanjang kan petang2
 best nyaman bangat tido!
tiap kali aku berNIAT nak pi joging
"ah balek karang aku nak JOGING laa!"
tengok2 hujannnn
frust!!
ye laa takkan aku nak lari kat dalam umah plak
kang orang ingat gempa bumi ke hape nih
#sobsobsob#








jadi 

alangkah bahagia nya jika aku ada sebijik




































TREADMILL!!


ada sesiapa nak bagi kat aku tak?







hah amek ko
pompuan ni lari sungguh!!
sampai tocang2 pun terbang
hehehehehe





tak dapat macam kat atas tuh
dapat yang ni pun jadi laa kannnnn



tapi jangan aku hangat2 tahik ayam je dah la
kang treadmill tu jadi perhiasan je 
dan aku pun pose ala2 model nih
lari nya tak kan






memang best kalau ada sebijik
tak payah pikir hujan ke hape
tak payah pikir xde geng nak joging
xpayah pikir pakai baju sopan2 (nak lari2 ni bahaya wooo)


ahh bila nak dapat beli nih??!!




Thursday, November 17, 2011

Scrapaperclip Giveaway

salam khames..

untuk B2B sekalian
jom try giveaway nih
mana tau ada rezeki
lagipun guest book ni memang patut ada dalam list 


so ini antara guest book from scrapaperclip.com
santek2 belaka
i luv it!!










penting ooo guest book nih
untuk tatapan kenangan masa tua
anak cucu cicit kannnn


mau join??
cepat2!!!
checkitoutmore











Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday


sumber: fb kawan aku

Tuesday, November 15, 2011

kesetiaan

 
"Kesetiaan wanita diuji bila pasangan mereka tidak mempunyai wang,
Kesetiaan lelaki diuji bila mereka mempunyai banyak wang."
 

Monday, November 14, 2011

monday blues

fuhh fuhh
berdebu blog
al maklum laa seminggu cuti
kat kg langsung tak boleh update 
tak tahu pasal apa

hari ni masuk keje
sungguh taktahunakbuatapa
xde mood
pale otak ingat mak ayah dan umah je
terus rasa nak pencen sakarang jugak

oh ya
pagi tadi bahagian aku kecoh
ada kes kecurian lagi
duit bhgn hilang 4k!!
laptop pun kena rembat
tak taulah sape punya keje
tapi macam orang dalam je
macam oke!
kalau tak mane si maling ni tau 
kunci laci simpan sinun sinun kan
waallahualam!

Friday, November 4, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Salam jumaat

cuti empat hari dah lulus
bos ai ok jerr
hahahahaha
so apa lagi?
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA laa

kalau kat umah aku
mak dah siap2 pesan kat ayah/abang
tak yah amek daging pun tak pe
amek tulang jerk
sebab
nak buat sup tulang!!!
memang terbaeekkkkkkk 
layan oooo
nak2 pulak sekarang kan musim hujan
hirup sup panas2
perrggghhhhh
#akuyangterliur#

Thursday, November 3, 2011

mas kawin seikat petai


kahkahkahkahkah
serius lawak la UAI nih
dalam banyak-banyak benda kat hutan tuh
contoh yang dia bagi adalah petai!!
aku pun terus terbayang
jenuh laa nak panjat pokok petai tuh
pokok petai kan tinggiiiiiiiii
hahahahahaha



kampong ties

lately aku follow citer n
kampong ties @ntv7
maklum le umah aii xde astro
drpd bayar astro baik aku masuk tabung
jadi layan je lah chanel mana yang ada
best giler oke citer nih

 3 watak utama

baju ijau shiu xian
pompuan belakang tu yue man
dan laki tu buaya (kononnya samseng tp dlm hati ada taman gitu)

produksi singapore tapi berlakon kat pahang
patut laa santek je view kampung tu
ada gak pelakon2 malaysia dalam citer nih

tak sabo aku nak nengok last episod
sebabnya sepanjang aku tengok citer nih
apa yang orang selalu duk kata kat bangsa sendiri
seperti sinonimnya;
melayu ni memang suka dengki
melayu ni busuk hati
melayu ni suka bawak mulut
melayu itu..melayu ini
tapi dalam citer nih
takde beza oke
orang cina pun macam tu jugak
ada spesis bawak mulut
ada spesis percaya sial2 nih
ada spesis talam dua muka
ada spesis pikir diri dia je
ada spesis suka amik kesempatan atas kesusahan orang
hisyy macam2 spesis ada

sekarang dua2 heroin kat atas tu dah jadi janda
laki masing-masing mati dengan trajik
dan buaya telah diamanatkan untuk tolong jaga kan isteri depa tu
sian buaya tapi dia bertanggungjawab
aku rasa last2 nanti mungkin buaya kawen ngan salah sorang tu kut
tapi xtau sapa


sumber gambar: kampong ties

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday


eskrim potong
luv it!!

Tuesday, November 1, 2011

bukan sensitiviti perkauman

dulu
masa belum bertunang dan sekarang pun
asyikkkkkkkkkkk la orang bertanya 
bila hang nak kawen?
bila ko nak kawen??
haa kan sama soalan tu

lalu diringi dengan penceritaan tentang diri dia yang dah kawen itu
contoh lazim;
"..anak aku dah nak masuk sepuloh orang nih.."
tak cukup ayat di atas
ditambahnya lagi
"..ko tengok aku ni, anak dah berderettttt
ko kawen pun tak lagi!! 
#bongkaksungguh!!#

patutnya kita ni org pompuan kena kawen muda2
patutnya ko kawen umur 23 then terus dapat anak...
patutnya yg tak kawen2 lg n tak payah la memilih sangat
patutnya begitu 
patutnya begini..."
dan bla bla bla bla bla

helo orang
apakata ko je jadi tuhan
supaya boleh ko atur hidup orang senasib macam aku ni
supaya senanglah untuk ko
buat apa yang SEPATUTNYA dalam hidup aku nih
khennnnn!!

yang paling lawak kat ofis aku
biar aku namakan dia A 
keje sampingan dia adalah
asyikkkkkkk menyibuk menanya
bila orang tu nak kawen
bila orang ni nak kawen
bukan aku sorang je yang selalu ditanya
budak2 single pasti tak terlepas
ikutkan hati aku yang jahat
rasa nak je aku tanya pada insan A
"..ko plak bila nak dapat anak???!!
kan dah lama kawen................."

 agak2 nya apa lah yang dia nak jawab....??

semua orang ada soalan sensitif oke
so please la faham
 tak guna ko tu belajar tinggi2 langit sekalipun
hatta belajar rendah kat bumi je ke
tapi bab common sense...
hancusss!!

Friday, October 28, 2011

lulus ke tidak?

aku dah mohon cuti raya haji 4 hari!
total dapat 9 hari!!
tapi bos aku tak luluskan lagi
dan pagi tadi
ada sorang bos tu cakap kat 1 bahagian
"..orang yang cuti raya haji ni untuk orang yg pegi haji jer.."
eh eh jeles pulak dia orang nak cuti lama2
nasib dia bukan bos haku
sebab dia memang terkenal dengan 
SUSAHNYA NAK LULUSKAN CUTI
malang sapa yang jadi anak buah dia
merana oke nak cuti2 nih

bagi aku la, situasi setiap orang lain2
apa ko ingat tiap2 bulan ke nak amek cuti lama2?
ada orang nak settle urusan anak la..itu la
isyh macam2 lah
bukannya pakai cuti dia pun yang dia tak bagi cuti sangat tu knp?
xpaham aku

dulu pernah aku attend satu kursus nih
fasi tu cakap lebih kurang macam ni
"..kalau boleh xpayah la balek kg tiap2 bulan jumpa mak ayah..
sebab duit minyak..duit tol kan mahal
cuba total semua tu dah brapa tiap2 bulan..?" katanya.
aku dengar dia cakap macam tu terus hilang respect aku
sedeyyy aku.. fasi tu pompuan oke
nak balek kg jumpa mak ayah pun tak boleh??
bagi aku laaa
biar laa anak2 nak balek tiap2 bulan jumpa mak ayah pun
selagi mereka masih hidup
mungkin entah2 tu last kita jumpa diorang..
siapa tahu kan
aku tau la fasi tu belajar sampai oversea nun
tapi ko tak payah nak perlekehkan anak2 yang nak buat baik
pernah dengar tak ustaz2 cakap
kita pandang muka mak ayah kita pun dah dapat pahala
apa la sangat dengan duit minyak tol segala tu...
bila diorang dah takde baru nak menyesal??!!

nuffnang promo