ira + aery

Daisypath Wedding tickers

Saturday, November 26, 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun



Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433. Semoga dimurahkan rezeki, harmoni dan diberkati Allah disepanjang tahun mendatang.

DOA AKHIR TAHUN

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Doanya adalah:
Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

 

DOA AWAL TAHUN

Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun:
Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
Nota:
* Doa dipetik dari: Surah Yasin, Tahlil dan Doa, Terbitan Abad Sinergi Sdn Bhd, Cetakkan Kedua Disember 2009
 
big credit to: sawanila.com

Friday, November 25, 2011

sengal

hadoiiiiiii!!
aku dah buat silap
sapentah call boss tadi
masa tu boss xmasuk lagi
wpun aku syak boss mungkin mc
aku pun ckp boss tgh knowledge sharing
memang ada knowlwdge sharing pun
aku je xlarat nak pi

dan tadi boss baru inform dia mc lagi
matik aku
dah laa tadi aku tak tnya 
siapakah di talian sekarang??
senagal nya lah
oke sila salahkan period pain..

period pain


 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

cepatlah kau berlalu
kena kat ofis yang beku
bertambah2 'pain' aku


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Wednesday, November 23, 2011

Rabu Bersuara

salam rabu
salam merah
eh tiba2
bukan apa
rabu adalah hari merah
kat ofis aku laa
tiap rabu kena pakai merah
kalau tak kang orang ofis renung ko semacammmm
sungguh budak2 kannnnn

pelik sungguh aku
peraturan pelik2 nak buat
kita perlu pakai begini2 supaya bla bla bla
kalau sebulan sekali ok lagi kut
tapi tiap2 minggu ko
mana nak cekau baju merahhhhhhh manjang kan
lain la nak sponsor aku baju merah setahun

kesimpulannya
manusia ni memang pelik
buat aku terfikir
kalau peraturan yang manusia buat
itulah yang nak ikut sangat
tapi peraturan/perintah Allah
ko banyak dolak dalih kannnnnn



sekiannnnnn




pssstt: semoga abah incik tunang cepat sembuh...suspek sakit jantung.mlm td masuk spital ipoh

Tuesday, November 22, 2011

HARIMAU TERUS MENGAUMMMM!!!!!

dan
garuda jadi angry bird.....
hahahahaha

well, malam tadi aku tengok kat umah je
tapi dia punya bising kecoh macam 100 orang oke
aku + adik aku dan 2 orang anak sedara aku

tapi apa2 pun tak sia2 kami terjerit2 terlompat2 
naseb kepala tak kena kipas angin je
bahaya owhhh!!

dan saat penalti lagiiiiii aku tak sanggup nak tengok
tekup bantal kat muka
berdiri balek dinding
bila adik ngan anak sedara aku sorak baru aku tengok tv
makna nya menang ahh kan
hahaha
tulah weyy 
memang sakit jantung sungguh!!



and i found this status at fb
"...lagi perlahan bola badrul bergelek masuk, lagi sakit hati penyokong indon melihatnya.. kan? betul tak? semua tu ada hikmahnya..." 
aku SETUJU sangat2!!!



SYABAS HARIMAU MUDA!!!
SYABAS MALAYSIA!!!

Monday, November 21, 2011

FINAL BOLASEPAK SEA GAMES 2011

yeahhhhh
seperti diramal
MALAYSIA ke final!!!

bertemu indonesia sekali lagi
haiyoo00oo
mau sakit jantung nak tengok malam ni
tapi xleh tak tengok
kena tengok jugak
tapi dalam hati DUP DAP DUP DAP kannnnnn
;P


wish u all gud luck HARIMAU MUDA!!!!
baham cukup2 itu garuda!!!!!!





sangat suspen ok nak tengok final nih












credit picture to google

Friday, November 18, 2011

nak sebijik please....!!

 lately hujannnnnn je memanjang kan petang2
 best nyaman bangat tido!
tiap kali aku berNIAT nak pi joging
"ah balek karang aku nak JOGING laa!"
tengok2 hujannnn
frust!!
ye laa takkan aku nak lari kat dalam umah plak
kang orang ingat gempa bumi ke hape nih
#sobsobsob#








jadi 

alangkah bahagia nya jika aku ada sebijik




































TREADMILL!!


ada sesiapa nak bagi kat aku tak?







hah amek ko
pompuan ni lari sungguh!!
sampai tocang2 pun terbang
hehehehehe





tak dapat macam kat atas tuh
dapat yang ni pun jadi laa kannnnn



tapi jangan aku hangat2 tahik ayam je dah la
kang treadmill tu jadi perhiasan je 
dan aku pun pose ala2 model nih
lari nya tak kan






memang best kalau ada sebijik
tak payah pikir hujan ke hape
tak payah pikir xde geng nak joging
xpayah pikir pakai baju sopan2 (nak lari2 ni bahaya wooo)


ahh bila nak dapat beli nih??!!




Thursday, November 17, 2011

Scrapaperclip Giveaway

salam khames..

untuk B2B sekalian
jom try giveaway nih
mana tau ada rezeki
lagipun guest book ni memang patut ada dalam list 


so ini antara guest book from scrapaperclip.com
santek2 belaka
i luv it!!










penting ooo guest book nih
untuk tatapan kenangan masa tua
anak cucu cicit kannnn


mau join??
cepat2!!!
checkitoutmore











Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday


sumber: fb kawan aku

Tuesday, November 15, 2011

kesetiaan

 
"Kesetiaan wanita diuji bila pasangan mereka tidak mempunyai wang,
Kesetiaan lelaki diuji bila mereka mempunyai banyak wang."
 

Monday, November 14, 2011

monday blues

fuhh fuhh
berdebu blog
al maklum laa seminggu cuti
kat kg langsung tak boleh update 
tak tahu pasal apa

hari ni masuk keje
sungguh taktahunakbuatapa
xde mood
pale otak ingat mak ayah dan umah je
terus rasa nak pencen sakarang jugak

oh ya
pagi tadi bahagian aku kecoh
ada kes kecurian lagi
duit bhgn hilang 4k!!
laptop pun kena rembat
tak taulah sape punya keje
tapi macam orang dalam je
macam oke!
kalau tak mane si maling ni tau 
kunci laci simpan sinun sinun kan
waallahualam!

Friday, November 4, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Salam jumaat

cuti empat hari dah lulus
bos ai ok jerr
hahahahaha
so apa lagi?
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA laa

kalau kat umah aku
mak dah siap2 pesan kat ayah/abang
tak yah amek daging pun tak pe
amek tulang jerk
sebab
nak buat sup tulang!!!
memang terbaeekkkkkkk 
layan oooo
nak2 pulak sekarang kan musim hujan
hirup sup panas2
perrggghhhhh
#akuyangterliur#

Thursday, November 3, 2011

mas kawin seikat petai


kahkahkahkahkah
serius lawak la UAI nih
dalam banyak-banyak benda kat hutan tuh
contoh yang dia bagi adalah petai!!
aku pun terus terbayang
jenuh laa nak panjat pokok petai tuh
pokok petai kan tinggiiiiiiiii
hahahahahaha



kampong ties

lately aku follow citer n
kampong ties @ntv7
maklum le umah aii xde astro
drpd bayar astro baik aku masuk tabung
jadi layan je lah chanel mana yang ada
best giler oke citer nih

 3 watak utama

baju ijau shiu xian
pompuan belakang tu yue man
dan laki tu buaya (kononnya samseng tp dlm hati ada taman gitu)

produksi singapore tapi berlakon kat pahang
patut laa santek je view kampung tu
ada gak pelakon2 malaysia dalam citer nih

tak sabo aku nak nengok last episod
sebabnya sepanjang aku tengok citer nih
apa yang orang selalu duk kata kat bangsa sendiri
seperti sinonimnya;
melayu ni memang suka dengki
melayu ni busuk hati
melayu ni suka bawak mulut
melayu itu..melayu ini
tapi dalam citer nih
takde beza oke
orang cina pun macam tu jugak
ada spesis bawak mulut
ada spesis percaya sial2 nih
ada spesis talam dua muka
ada spesis pikir diri dia je
ada spesis suka amik kesempatan atas kesusahan orang
hisyy macam2 spesis ada

sekarang dua2 heroin kat atas tu dah jadi janda
laki masing-masing mati dengan trajik
dan buaya telah diamanatkan untuk tolong jaga kan isteri depa tu
sian buaya tapi dia bertanggungjawab
aku rasa last2 nanti mungkin buaya kawen ngan salah sorang tu kut
tapi xtau sapa


sumber gambar: kampong ties

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday


eskrim potong
luv it!!

Tuesday, November 1, 2011

bukan sensitiviti perkauman

dulu
masa belum bertunang dan sekarang pun
asyikkkkkkkkkkk la orang bertanya 
bila hang nak kawen?
bila ko nak kawen??
haa kan sama soalan tu

lalu diringi dengan penceritaan tentang diri dia yang dah kawen itu
contoh lazim;
"..anak aku dah nak masuk sepuloh orang nih.."
tak cukup ayat di atas
ditambahnya lagi
"..ko tengok aku ni, anak dah berderettttt
ko kawen pun tak lagi!! 
#bongkaksungguh!!#

patutnya kita ni org pompuan kena kawen muda2
patutnya ko kawen umur 23 then terus dapat anak...
patutnya yg tak kawen2 lg n tak payah la memilih sangat
patutnya begitu 
patutnya begini..."
dan bla bla bla bla bla

helo orang
apakata ko je jadi tuhan
supaya boleh ko atur hidup orang senasib macam aku ni
supaya senanglah untuk ko
buat apa yang SEPATUTNYA dalam hidup aku nih
khennnnn!!

yang paling lawak kat ofis aku
biar aku namakan dia A 
keje sampingan dia adalah
asyikkkkkkk menyibuk menanya
bila orang tu nak kawen
bila orang ni nak kawen
bukan aku sorang je yang selalu ditanya
budak2 single pasti tak terlepas
ikutkan hati aku yang jahat
rasa nak je aku tanya pada insan A
"..ko plak bila nak dapat anak???!!
kan dah lama kawen................."

 agak2 nya apa lah yang dia nak jawab....??

semua orang ada soalan sensitif oke
so please la faham
 tak guna ko tu belajar tinggi2 langit sekalipun
hatta belajar rendah kat bumi je ke
tapi bab common sense...
hancusss!!

nuffnang promo