ira + aery

Daisypath Wedding tickers

Friday, August 26, 2011

ucapan selamat hari raya

alahaiii
dah raya ni weiii!!
hati da meronta2 nak balek kg
w/pun barang tak kemas hape lagi
dengan plan nak pi jalan tar malam ni
dengan aih macam2 lah
pe pun semoga aku dan semua2
yang nak balek kg tuu
tak kira la sapa
selamat sampai ke tempat yang di tuju
semoga selamat semua nya dalam perjalanan
aku insyaAllah balek esok tapi
still tak tau nak balek pukul berapa
tengok keadaan
pe pun yang penting hati2

sumeorang tempek gambar
aci lah kan
aku tempek gambar ni jee
gambar fresh seksyen aku..
malas nak buek kad rayo bagai
malas nak edit2 gambar sendiri
aku tak terer
;)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAZABA
(MAAF ZAHIR DAN BATIN)
0-0 yep


psssttt: incik tunang, sila take care balek kg tuh oke

tiba2 dapat duit raya

alhamdulillah
tiba2 bos aku bagi duet raya!!
terkezut aii
td pagi dia dah bagi
patutla semalam dia tanya aku
"bila start cuti mun?"
ada sedikit pelik la soalan dia tu bagi aku
hehehehe
rupa2 nya dia nak bagi duet raya laa
eh ke dia ada baca behelog haku nih?
mamps aku kalau betul
maap boss!

masak-masak Ramadan

hehehehehe
disaat orang lain dari awal puasa lagi dah upload gambar makanan berbuka
aku plak baru terhegeh2 nak upload jugak
di hari terakhir keje sebelum cuti
biasalah ai bujang kan
^__^

steamboat maeps
&
tutti fruti

dua makanan di atas bukan makanan untuk berbuka
ia adalah makanan untuk sambut puasa
;)


tapi banyak yang aku tak snap
tambah2 kalau berbuka kat luar
ini ajelah gambar yang ada

spageti carbonara daging cincang
pestime buat pakai susu full cream & cheese
dah was2 nak guna yg prego tuh

air grape & kurma & grape
haaaaa ada paham?

sup rangka ayam bersama ubi kentang
perghhh nama resepi bukan main panjang

di makan dengan bihun
ini gambar ehsan dari incik tunang..
giler penuh mangkuk..hagak2 ler
tau la sedap!!
memang aku bekalkan kat dia
rangka ayam tu dia yang beli kat pasar malam dengkil
saja suh aku masak (mengada2 kan..)
eh tapi kenapa aku tak pernah nampak orang jual rangka ayam pun??

ini sotong dan juga rangka ayam (lagi) goreng tepung
cer teka mana sotong dan yang mana rangka ayam?
kikikikikiki
ni incik tunang yang masak arr

ya Allah buruk giler puding karamel aku
sebabnyaaaaa AKU TAK TERBALIKKAN PUDING NIH
patutnya aku terbalikkan bagi nampak yang gula hangus hangit tuh
T_________T
tapi yang penting sedap
w/pun pestime jugak buat
guna resepi kat belog hot mama

lagi spageti carbonara dgg cincang bersama cili padi
edisi campak mencampak nak menghabeskan stok dalam peti
hijau itu adalah cili padi bukan sayur ye
orang pemakan pedas begini ler

dan last mungkin
semalam punya
KARI KENTANG
resepi tercipta sendiri tiba2 saja
sungguh namanya kari kentang atau kari potato
bukan giler kentang yang budak2 selalu cakap tuh
giler kentang yang mereka maksudkan adalah mungkin
i. giler best?
ii. giler cool?
iii. giler hebat?
dan lain2 lagi yang sewaktu dgnnya
...sian kentang telah disalah gunakan

alkisahnya petang semalam
balek ofis terus bumm bumm tido
sampai 6.45 pm!!
terjaga terus tengok jam
boleh plak aku ingatkan dah 6.45 am!!
dh pagi tp knp cerah sgt nih?
hahahaha
padan muka tido lagi petang2

dah tu terus solat asar
dan terus ke dapur
pikir apa nak masak
bahan2 yang ada ubi kentang+cili padi+pekasam+telur
takpe kita masak nasik dulu dan kupas kulit ubi kentang..
sambil kupas pikir nak masak apa ubi nih?
ingat nak buat sambal je tapi macam malas
dah settle potong2 ubi terus aku rebus bagi empuk sat
pastu tumis bawang2..
terus mata ternampak pek kari
haaa ting!!
maka terjadilah kari kentang
pastu teringat ada susu full cream
aku redha je letak dalam kari ganti santan
pastu letak bunga lawang..kulit kayu manis dah lupa nak letak
padahal ada je
kasi letak jugak blackpaper
letak garam
siap masak ngam2 orang azan
naseb sedap cukup rasa macam kari
w/pun guna susu full cream
makan pulak dengan pekasam
perrghhh!!

oh ya
incik tunang cakap kari kentang mmg wujud.
maksud aku di sini kari kentang sahaja xde campur ayam ke apa ke
mak sedaranya penah buat tp spesyel edisyen punya la
yang tu siap rebus pastu goreng mcm wedges
pastu baru buat kari
haa boleh cuba lagi pas ni

esok insyaAllah aku balek kg
tak sabar nak berbuka ngan mak ayah
berbuka ramai2....
:))


Thursday, August 25, 2011

kalaulah aku yang dapat...

gambar di atas bukan gambar aku
itu adalah ofismate aku, ezan
kul 11 tadi aku teman dia pi ofis hotfm
collect hadiah
ezan join contest cipta lirik lagu yuna
tup2 dapat hadiah utama ko!!


yap, ezan dapat sebijik camera ni
CANON 1110D!!!
sape nak bagi free camni kat ko
DSLR pulak tuh
rejeki rejeki!!
bertuah ko ezan
boleh snap pic raya banyak2
jeles haku :)

aku pun nak join contest jugak ah
dan dan...


psssstt: sri pentas tu xdelah besar mane

duit raya

kalau cakap pasal duit raya
siapa yang tak suka kan
budak-budak mestilah suka kalau dapat duit raya
tapi orang tua pun sama suka kalau dapat duit raya kan
eh orang tua?

haa ni yang aku nak cakap nih
ada bos bagi duit raya tak?
bukan nak mengatalahkan (tiru cakap cutecarry)
sejak dah naik gred nih kan
xde dah aku dapat duit raya
sedih!!

sebelum nih dapat la jugak
walaupun tak banyak tapi sonok wehhss
tapi tak pe aku dah biasa pun
sebab.....
1st bos memang dia tak penah bagi
2nd bos pun macam tu gak
3rd bos yang sekarang je penah bagi
tu pun macam aku cakap iaitu sebelum naik gred...
nak buek camno kan?

oh ya
tahun ni jugak adalah sangat kurang dapat sampul raya
shoping kat giant ri tu habis dekat 70 gak
boleh cashier tu bagi sampul 5 keping jek
sabo jelah

pic: pokcik google

Sharing Is Caring

SPEED TRAP LOCATION

Baik sedekah duit raya kepada budak-budak daripada sedekah kepada polis :)

Plus North Highway (From KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
Plus South Highway:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
Plus Center:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi
NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam
Jaga-jaga
KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ
JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Berhati2 ketika memandu.. :)

- X-dit To Mohd Nassif.

psssttt: copy&paste dr fb ofismate

Monday, August 22, 2011

abg ipar aku adalah pelakon

benar bukan tipu
aku pun tak tau dengan kerjaya baru abang ipar aku
tup tup jadi pelakon ko

hahahaha
mggu awal pose ritu
biasa ini entry pekasam
kak aku mesej suh tgok tv3 kul 11 mlm hari rabu
citer ki-as ramadan


cer teka yang mana satu
habang hipar haku
:))

jeng jeng jeng
yang kuning atau yang biru?

mesti lah yang biru
takkan la si baju kuning
tuh kan pelakon agak terkenal
eh, suka2 hati aku je
lantaklah yg pasti aku kenal nama je tak ingat

abg ipar aku berlakon jadi org masjid
hah byk jugak dialog dia duk menasihat si baju kuning
aku ingatkan jadi pak pacak jek ;p
eh tp dia mmg org masjid pun
ajk masjid



sesi buang duit

bahaya sungguh!!
bila ada sales yang hanya sekangkang kera je dari umah
bila hari2 pi balik kerja duk nampak banner sales
siapa yang tak tergoda beb?

sale kat mana lagi?
semua orang putrajaya tau kut
metrojaya sales @ picc
17-21 ogos 2011

RM 20.00

rm 39.90
telah dirasmikan hari ini ;P

sudah terang lagi bersuluh
RM 10 hengget jek

Thursday, August 18, 2011

catat sejarah

huuuaarrrrggggggggghhhhhhhhhhhhh!!!!!
hari ni aku MENGANTUK GILER
bukan mengantuk main-main
sungguh betul-betul mengantuk
dan juga boleh catat sejarah "SELF BOOK OF RECORD"
buat pertama kalinya
aku hanya tido 1 jam malam tadi
percayalah!!

aku layan citer korea kat sini ditambah pulak dengan hati yang lara
tengok-tengok jam sudah 3.30 am!
layan citer korea kau
bukannya nak khatam quran ke apa kan
sungguh tidak insaf di situ
bulan ramadan kut

lagipun aku tau
kalau aku tido kang mesti terlajak
tak pasal-pasal kang sedar-sedar dah tengahari kut
sebab tu aku malas tido
paksa sengkang mata jugak
sampai sahur kul 5 then
kul 5.30 - 6.30 lelap jap
giler betul!!
naseb tak weng drive tadi
and niat dihati nak tido kat ofis
tapi segan weh
bos ada
tahan la mata ni hah
macam panda ke hape..xtahulah
yang penting balek umah kang
aku nak qado tido
serius MENGANTUK YANG AMAT!!!!!!!!!

tercipta wanita


tercipta wanita dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjungi
tapi dekat dibahgu untuk dilindungi
dekat jua dihati untuk dikasihi...


aku tak paham dengan sesetengah orang laki ke jantan?
yang suka dera2 atau sakiti perempuan
tak kisahlah isteri ke anak ke atau whatsoever
selagi makhluk itu bernama perempuan
apakah kau puas hati dapat sakiti mereka?
walaupun kau bagi alasan paling bangang di dunia
dengan mengatakan kau sayang...
ptuuiiihhhhh!!!
tahi ko sayang


Monday, August 15, 2011

encik, tumpang tanya


A : maaf encik! tumpang tanya, kat mana alamat ni ?
Lorong CINTA, Jalan SAYANG, Kampung RINDU, Daerah KASIH SAYANG, Pekan HATI, Bandar I MISS YOU, Simpang I LOVE U?

B : senang je. cik jalan terus ikut Jalan ILLAHI. nanti nampak simpang 3 masuk sebelah kanan, ikut Jalan NIKAH. lepas tu sepanjang jalan tu cik akan nampak sebelah kanannya ada kedai2 BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kirinya ada pasar yg sibuk sikit, namanya pasar PERSIAPKAN DIRI. haa. tu tandanya cik di jalan yang betul. semoga selamat sampai di tempat yang ingin ditujui :)




psssstttt: copy paste from fb ofismate

jom gelak sat

meh gelak ramai2 eh ke sorang2...??

tu je lah ko mampu wahai justin bieber..ko mampu jadi bubur jek
KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH

sumber dari fb kg aku
kg aku pun ada fb okeh.




pssssttt: aku baru baca emel last week, 17 ogos SELANGOR cuti nuzul Quran.. :))



Friday, August 12, 2011

kuih pilihan hati


Kuih paling gangster= Lompat Tikam

Kuih paling sexy= Puteri Mandi

Kuih paling keji= Taik Itik

Kuih bajet cute= Cek mek molek

Kuih awet muda= Seri Muka

kuih talam 2 muka= tepung talam

Kuih paling alim= Kuih Ketayap

Kuih penyakit kronik= Batang Buruk

Kuih kaki pukul= Kuih Lompang

Kuih dalam zoo= Badak Berendam

Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik= Sampreeeeettttt

Kuih bangun sendiri= Kuih bangkit

Kuih org x mandi= BAU-LU

Kuih paling tenteram= Kuih makmur

Kuih paling lembap= kuih siput

Kuih kena marah= Kueh teow









and last.....





















adalah kueh


















kuih cincin = kuih rosmah mansur...



kikikikikikikiki





sumber : FB SBHBN

Wednesday, August 10, 2011

bising vs sunyi sepi

dulu..
masa duk kat umah lama
jiran2 aku selalu bising
memang selalu sangat bising
kiri kanan sama bising
macam berlawan
"hey, aku lah paling bising kat kawasan ni.."
masing-masing bising lawan cakap ngan anak
belah kanan ngan slang k.eyl nya
duk sambil membasuh baju pun bising
ke whatever apa benda yang depa duk buat kat luar tu
tak sah kalau tak bising
macam saja nak suh orang dengar
sakit hati weh!!
yang belah kiri plak
bising ngan anak2 kecik dia
tak kiralah tengah malam ke pagi2 buta
kadang2 rasa macam laki bini tu duk dera anak je
w/pun yang si bini adalah ustajah
sebab tu garang kut
sama gak ngan lakinya
mak ai garang! - bertempik marah anak
selalu laa duk hempas2 pintu
kalau tgh malam mmg xboleh tido aku dibuatnya
naik pening aku dengan semua tuh
lagi naik pening dengar depa punya loghat
loghat ehem loghat kelate ehem

tapi yang pasti dekat 3 tahun aku bertahan

dan sekarang...
jiran2 kiri dan kanan sunyi sepi
mana taknya
baru 3 buah rumah jek
kat aras nih yang berpenghuni
lagipun standard ah kan duk umah tinggi2 nih
aku cam muka isteri penghuni rumah first je
tu pun nama dah lupa
harap mungkin bila terserempak lagi
tanya nama semula
tu pun ntah bila
yang rumah kiri plak
rasanya bujang
tak sempat nak berkenalan lagi

dulu aku merungut bising
sekarang aku rasa sunyi sepi
harap bunyi tv-kete lalu lalang
malam lagi lah sunyi
naseb bukan surirumah yang 24 jam duk umah
;P

no wordless wednesday

hari ni no wordless wednesday
sebab aku nak membebel sikit

pertama,

kenapa bila ko dah berpangkat pada sesuatu jawatan
baru laa nampak muka ko
dan dan muka ko sibuk mengJOIN segala aktiviti
sebelum ni tak nampak batang hidung langsung
tapi selepas berjawatan baru ko sibuk nak menunjuk muka
maka atas dasar apakah itu??

yang pasti aku rasa sungguh annoying
terhadap orang yang begini


kedua,

bagaimana nak ngadap benda yang kita tak suka buat?
dalam hidup ni mesti ada kan macam tu
tak kisah lah benda apa pun
dah lah benda tu aku tak suka buat
pastu suka push2 aku
maka aku pun selalu buat endah tak endah je
tapi dah KERJA nama nya
aku buat bila aku ok
bila x ok, sorry lah aku nak buat
paksa rela
jap2 jadi paksa
jap kang rela jelah

# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #


dua tu jelah yang nak membebel

sekian.....

Monday, August 8, 2011

pengumuman

aku rasa semua orang kerajaan tengah senyum melebar skang
ke ada yang senyum simpul jek?
hehehehe

tadi ghupanya pi em umum bonus 1/2 gaji
aku xtahu..tengah mandi xtgok berita
bukak2 fb berderettttt status duk ckp pasal nih

rata2 ckp
'ok la drpd xde lgsg'
'alhamdulillah laa dapat gak w/pun 1/2 gaji bukan 5rat...'

dan
ada status kak ofis aku nih

'bonus 1/2 gaji tp adakah akan dibayar 10x?'

hahahahaha

betul jugakkan
jangan seronok sangat yek
sebelum ni pun dapat 5rat tapi 2x bayar
xboleh blah betul
ooppsss!!!



psssssstttttttt: dpt bonus 1/2 gaji ni confirm PRU13 bila2 masa sj ;p

Sunday, August 7, 2011

If the beloved were among us (lyric + translation)



aku tgok reality show ni kat tv al-hijrah
setiap ahad 9.00 malam
law kana baynana atau melayunya seandainya Nabi SAW di sisi kita
mana nak dapat reality show mcm ni kat mesia
yang mengaku negara islam..eh islam ker?
reality show melagho byk la

ok marilah kita tgok
tak rugi pun
tak sempat tgok kat tv
tgok kat u tube


psssstt: aku dgr lagu pun dah sedih + sayu = menitis air mata....

Friday, August 5, 2011

kelas make-up zila ziman

insyaAllah jika tiada aral melintang esok
aku dan sida akan menghadirkan diri ke
kelas make-up zila ziman ni
promosi sempena ramadan
yurannya RM 100 jek!!
just bwk diri+buku nota+kamera(kalu nak le)

aku pestime pi kursus make-up
rasa segan pun ado
ish xleh malu2 nnt
xdapek ilmu!!

tp xsabar pun ada nih
nak blajar mcmane nak make-up flawless+santek2
kut2 boleh save bajet make-up sendiri jek
biarlah org nak kata
"ko bajet ko tu kate middleton ker??"
fedulikkan
;P

ke param

salam jumaat
sekejapan saja dah pose kelima
dah ada yang ponteng ker
aku penuh lagi
T__T

semalam aku pestime pi param
carik lauk ja
kat dengkil
malas nak bersesak2 kat param putrajaya
sampai2 eh, laa sikit je org meniaga
yang lebihnya suma org meniaga pasar malam
barang basah banyak lah
last2 pi beli lauk kat kedai makan jek
amek ikan pe ntah masak tiga rasa kut
dan acar..aku mintak singgit je acar tu
jumlah suma = RM 5
soo seketui ikan tuh 4 hengget la kan
pheewwwww!!! mahal.

pehtu balek ikut presint 20 tuh
menonong je ikut kete orang
pestime lalu situ
malam2 tak berani la wey
kubur kan
dah la banyak noo roundboutnya
tapi kan tak nampak plak taman cabaran tuh
ceruk mana plak?
xpe2, byk masa lg nk explorace
hehehehehe

Wednesday, August 3, 2011

sesekali ku rasa teringin........

sempena puasa yang ke 3
meh layan perasaan / nafsu makan
yang hade hanya pada bulan pose je

akibat bosan yang amat smpi tak tau nk ckp dah betapa bosannya
mmg giler wehhs bosannya kat ofis n
tetiba teringin sangat nak makan seperti gambar di bawah
atas ehsan pakcik google


kat kg aku panggil kanji oke
kat k.eyl nih panggil bubur lambuk
jgn ditanya la knp panggil kanji
nnt aku tanya mak haku k..

dan dimakan dengan kerabu taugeh
dalam nih campo kerisik+bwg2+dannn aku xtaulah
tapi yang penting mmg sodap
perrrghhhhh
meleleh ailio
terus rasa nak balek kg petang ni jugak
siries!!

dulu2 ayah dan mak selalu masak kanji nih
request dari surau kg aku
sejak dua thn lps org len plak yg buat
mmg masak hari2 ah
kecuali ada org sponsor surau mknan berbuka

disebabkan itu
bila bulan pose je
ini adalah menu wajib
nak2 kalau ramai adek beradek yang balek

huhuhuhu
lambat lagi sih nak boleh makan
aku balek time nak raya sok
lambatnya!!
wajib mintak mak masak menu nih dulu
menu len tak pandang dah...


pssttttt: aku tak penah makan bubur lambuk kg baru yg glamer tuh! mcmane ek rasanya??

Tuesday, August 2, 2011

berbuka puasa hari pertama

salam ramadan hari yg ke-2

semalam berbuka apa?
aku kuar 4.30
balek2 terus terkam dapo
macam org anak sepuloh!
padahal nak masak tomyam je pong
naseb baik cukup rasa
untuk air plak bancuh air grape jalen
terlebeh manes sudey

tapi kan
dapur umah baru nih
ngadap dapo jiran
so apa ko buat kat dapo tuh mmg nampak lah
tu yg nyampah tuh
jiran aku tuh dah kawen
kalau budak2 pompuan single duk situ
no hal lah kan
pas nih nak kena cover tingkap tuh
nak pasang langsir mmg xde makna
nampak jugak kan
aurat tu kena tutup byk sikit yep!

pastu pack2 makanan
pi berbuka kat taman dpn picc tuh
ngn incik tunang
suma yang berbuka situ mst lah couple2 kan
apa kes org dah kawen nk berbuka kat situ
ngeeeeee

hari ni dah pose ke-2
tup2 dah seminggu
pastu dah raya kan
cepat jeee masa berlalu skang
amalan pun xsempat nk kejar

k lah dh 4.30
nak balek mau msk nsk goreng kut
daaaaa

Monday, August 1, 2011

hari ini

Assalamualaikum

1st day puasa hari ni..per cer??
aku sahur punyalah susah nak bangun
kunci jam dari kul 5
dengan incik tunang gerak nya
tapi ignore kan je dengan menyilentkan hp
hahahahaha
last2 aku bangun minum air jek
air berkabonat okeh
bukan air putih
gasak ah
punya malas nak kuar bilik

oh ye
aku dah dua malam tido umah baru
belah kiri mmg dah lama berpenghuni
now, belah kanan pun dah ada orang
berani ar sikit
tapi pagi tadi aku kuar kul 7.05 camtuh
bukak2 pintu
gelap oke, lampu koridor dah automatik off kut
hahh gelap tahu tak
naseb bulan puasa
hihihihihihi

dan sekarang dalam kepala otak
hanya pikir nak kemas2 barang
nih yang penat bila pindah randah
dannnnn
penuhkan rumah dengan barang2 dan hiaskan cantek2
cantek ker?
eh tapi buat list je memanjang
belinya pelan2 kayuh orang kata
;)

nuffnang promo